Showing posts with label Bicara Prof.Asyrof. Show all posts
Showing posts with label Bicara Prof.Asyrof. Show all posts

27 March 2012

Pencerahan Unit Pengetahuan & Pendidikan ??

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..


ISNIN 26 March 2012 ketika ini perkhidmatan bas
tergendala lagi. Sudah hampir seminggu kenderaan awam itu masih tidak
dilaksanakan.

15 March 2012

note; sambungan - Hadiah Untuk Family

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

Terima Kasih kerana sudi sambung pengetahuan kalian di sini jadi teruskan mengetahui ..

Hadiah Untuk Family

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Rindu terhadap keluarga terutama
emak dan abah adalah satu (1)
kewajiban bagi seorang anak
yang berada jauh di luar negara.

13 March 2012

Kursus Pengurusan Islam

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..


Musim sejuk lebih banyak program
bermutu dan penting dari musim panas
yang programnya penting juga tetapi
tidak selesa seperti musim dingin.

Malaysian Family Day Cairo

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

kredit gambar : MinneaPolis

Hari Keluarga adalah amat penting dalam
sesebuah keluarga bagi mana-mana
agama, bangsa dan negara.

24 February 2012

Forum Kerjaya Peguam

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

kredit gambar : LiteHouseMan

KHAMIS-Forum Perdana Perundangan Islam,
Profesion Peguam Syariah, Antara Bidang
Kerjaya dan Medan Perjuangan diadakan
julung kalinya di Mesir.

29 November 2011

Rancangan 10 Tahun

 ASsalammualaikumWarohamtullah... Salam Sejahtera ..



Semalam Prof. telah membuat perancangan masa depan
versi hitam putih atas kertas bersaiz A+4.


Antara yang telah Prof. rancangkan dalam 10 tahun dari sekarang, ketika Prof. sekarang
masih di tahun 1 Fakulti Syariah & Undang-undang adalah seperti berikut ;

1 September 2011

1 Syawal Pertamaku Di Perantauan

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

# Banner-Bunting Yang Digantung Setiap Tahun Di Depan Kediaman Pegawai


Hari Raya Aidilfitri sering diraikan
penuh meriah umat islam seluruh dunia
terutama Malaysian. Anak Malaysia
di perantauan tidak ketinggalan
menyambut penuh gembira walaupun
berjauhan dengan keluarga tersayang.

# Suasana Persekitaran Luar Masjid Solat Hari Raya Setiap Tahun

 (Inilah Suasana Solat Sunat Raya Seronok ??)

Jika anda mahu tahu di luar negara ini juga ada kawan sama nama dengan Prof. Jom kita kenal siapa dia disini.

Tahun ini merupakan tahun pertama (1)
Prof. meraikan aidilfitri tanpa keluarga
tetapi tidak mengapa. Yang pastinya
Prof. akan pulang pada tahun 2013
untuk meraikan bersama keluarga
insyaAllah. Doakan kalian semua untuk
Prof.

# Muka-muka Kacak Batch Penulis


Begitu juga dengan Prof. di bumi tanah
sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mesir.
Beza Malaysia dan Mesir ialah dari segi
perayaannya hanya sehari sahaja diraikan
untuk melawat sanak saudara dikalangan
warga Arab-Mesir khususnya.

# Sekumpulan Pelajar Pahang Berkumpul-Bergambar


Negara arab lain Prof. tidak tahu.
Jika ada antara kalian yang belajar
di bumi arab lain selain Mesir boleh
kongsikan di ruangan komen akan
hari raya aidilfitri.

 (Prof ??)
Negara Arab khususnya Mesir yang
Prof. perhatikan selepas setengah jam
solat fardhu subuh sudah berkumandang
takbir bergema di setiap masjid utama
kawasan perumahan pelajar Malaysia.


Kebiasaanya kami akan berkumpul
di hadapan apartment untuk berpelukan
mesra senyuman dan bergurau senda.

Rumah pertama kami dijemput
datang meraikan ialah rumah
seorang pelajar senior ustaz
yang sedang menyambung
PhD Usuluddin. Sudah berkahwin
orangnya. Isterinya masih belajar
peringkat ijazah sarjana muda.
Kedua-duanya dari Al-Azhar University.

Di Dalam Gambar Ini Ada 2 Rakan Blogger Juga Yang Anda
Boleh Kenali Antaranya ;
Dan

Pelbagai kuih raya disediakan
dan makanan pelbagai citarasa.
Bual bicara antara kami amat meriah
sekali.

Dalam sehari juga, dua (2) hingga tiga
(3) rumah dilawati bermula pagi hingga
malam hari.

Dalam sehari kenyang amat dengan
juadah yang diberikan.

# Di Hadapan Kediaman Pegawai Pendidikan 

 (Bersalaman & Berpelukan Serta Senyum Sambil Ucapan Ialah Perkara Biasa Setiap Tahun)

Prof. rasa cukup setakat ini dahulu
cerita kehidupan kami.

Terima kasih kerana sudi menghayati
kehidupan ini seperti mana kalian
menghayati novel di pasaran.

Segmen ini ditaja khas oleh ;



Jika ANDA ada pengalaman, cerita beraya bersama keluarga tercinta atau bersama kawan-kawan
sahaja di Malaysia mahupun Luar Negara boleh kongsikan di ruangan komen.

Terima Kasih

27 August 2011

Birtday Roomate Namanya Asyrof Juga

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Nice by Tangan Teruna Bujang in Overseas)

Beberapa jam sebelum berbuka puasa,
Prof. didengarkan panggilan telifon
yang mana menyatakan kepadaku
dari kawan & sahabat dunia akhirat
iaitu jiran tingkat bawah Apartment
Prof. duduki bahawa ..

25 July 2011

Aktiviti Musim Panas di Luar Negara

ASsalammualaikumWarohmatullah ... Salam Sejahtera ...


25 Julai 2011 Musim Panas sebelum Bulan Ramadhan
Prof. dan kawan serta sahabat dunia akhirat telah
bercadang cuti sempena musim panas
di kawasan pelancongan Mesir yang jauh
dari kawasan kami tinggal Kaherah, yang dinamai
"Ain Sukhna"

Jangan ketinggalan baca artikel kegembiraan Prof. cuti bersama keluarga di sini. 

25 March 2011

Sebulan di Malaysia Part 2

ASsalammualaikumWarohmatullah ... Salam Sejahtera ...

Terima kasih kerana setia bersama Prof.Asyrof di artikel ini, selikan membaca ..

Di dalam KLIA penuh sesak dengan ribuan manusia
ada yang bertujuan mengiringi anak mereka pulang
ada yang bertujuan bercuti/ travel ke mana-mana.

Sebulan di Malaysia

ASsalammualaikumWarohmatullah ... Salam Sejahtera ...

(Pagi Nirmala ; Ketika Ini Musim Sejuk)

Pada hari kelmarin diriku dan sahabatku
samada Fakulti Pengajian Islam & Perubatan
yang sama-sama belajar di Al-Azhar
University
Of Cairo, Egypt
telah kembali semula ke perkampungan kami
di Kaherah, Mesir untuk sambung pengajian
setelah kami bercuti selama sebulan di Malaysia
akibat dari berlaku Muzaharoh "revolusi-kebangkitan"
di Mesir.

17 February 2011

Majlis Simple Tapi Meriah Semasa Revolusi Mesir

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

(Hanya Beberapa Emak Saudara Sahaja Yang Dapat Meraikan Yang Lain Tidak Dapat Hadir)
 
Sebelum anda baca post majlis keluarga diraikan ini Prof. mahu tunjukkan apakah pengalaman kami semasa keluar dari Mesir.

Seminggu berlalu Prof. dan rakan-rakan lain
berada di Malaysia, Emak yang dicintai telah
berbincang dengan salah seorang adiknya
emak saudara Prof. akan adakan majlis
"Welcome Back" di rumah nenek sebelah
emak.

 
 (Inilah Kek Yang Simple)



Kek yang dibeli pada harga yang amat jimat
tetapi sedap semestinya ringkas suasana
majlis diadakan.

(Puding Diraja Yang Dibuat Oleh Prof. Sendiri Untuk Hadiah Majlis Doa Kesyukuran
Di Rumah Baru Salah Seorang Emak Saudara) 

Cukup perkongsian kehidupan Prof. bersama
keluarga semasa bercuti sebulan atas faktor
revolusi Mesir.

Segmen ini ditaja khas oleh ;



Jika ANDA ada perkongsian majlis bersama keluarga, kongsikan di ruangan komen supaya Prof.
dan rakan blog dapat sama-sama mengenali ANDA.

10 February 2011

Revolusi Mesir Evakuasi Dikuasakan

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Bergambar Sebelum Pulang)
Baca artikel Prof. yang pertama di blog ini Pengalaman Menjadi Guru Sekolah Rendah.

# Tarikh Keramat Di Hati

4 Februari 2011 menjadi tarikh peringatan buat
Prof. dan sesiapa yang pulang ke Malaysia sempena
revolusi yang berlaku di Mesir.

Artikel ini berkait rapat dengan Artikel ini


Sebenarnya awal bulan februari sebahagian pelajar
dan orang yang bekerja di Mesir sudah dikeluarkan
oleh kerajaan Malaysia dalam rangka evakuasi.

(Kenalkah Anda Siapa Yang Berkopiah Putih Depan Pakcik Yang Berdiri??)

# Kronologi Evakuasi

Ada rakan yang terdiri dari sebahagian perempuan
HEWI tersenarai awal dipindahkan keluar dari Mesir
sebelum Prof. dan sebahagian besar pelajar Pahang
ahli BKMIP dan negeri lain dipindahkan segera pada
hari jumaat.

 (Rehatkan Hati Dengan Solat Dan Makan)

# Suasana Takut Menyelubungi Semasa Keluar Dari Mesir

Mengikut sumber yang dipercayai dari Pegawai
Pendidikan Pahang Mesir dan beberapa Ahli
Jawatankuasa Tertinggi (Ajkt) BKMIP,
pada hari jumaat kami wajib keluar menaiki
bas ke Airport pada awal pagi sebelum
azan solat fardhu jumaat bersuara.

 (Suasana Dalam Pesawat Charlie)
Bimbang sesak trafik dan akan ada
penunjuk perasaan aman dan tidak aman
di sekitar jalan raya.

Tibanya kami di Airport, penuhnya kawasan
lapangan terbang dengan orang Malaysia
dengan disediakan 1 khemah besar untuk
urusan penting sebelum masuk "check in".

 (Pesawat Charlie Dari Luaran)

Untuk tahun 2011 sahaja pelajar kerajaan Malaysia yang berada
di Mesir seramai 11,000 jumlah keseluruhannya.

Ya Allah... terkejut juga Prof. ketahui akan
jumlah yang begitu ramai.

# Penempatan Sementara Pelajar Pengajian Islam Dan Perubatan Mesir


Sebahagian besar penumpang kapal terbang
taraf ekonomi "economic flight" samada
Airline Arab Saudi dan Malaysia Airline dinaiki
mereka yang sudah berkahwin dan perempuan
yang lemah semangat.

# Wartawan Tidak Melepaskan Peluang Menemuramah Mangsa Revolusi

 (Sesi Temuramah Pihak Wartawan Tv1 & Tv3)


Ada juga perempuan yang masih tetap sejuk
"cool" dan lelaki yang tegap menaiki bersama.
Mengikut atas rezeki masing-masing yang Allah
telah tetapkan.

# Sesi Taklimat Dari Yang Amat Berhormat Menteri

 (Kenal Siapa ??)

(Salah 1 Makanan Yang Sempat Disnap
Makanan Lain Tidak Sempat Kerana Terlalu Lapar Melihat Makanan Yang Sedap)


Yang selebihnya termasuklah Prof. pengalaman
manis
dan tidak pernah terfikir sedikit pun ialah
dapat menaiki pesawat tentera udara Malaysia
"Charlie" bersama kawan-kawan. Majoriti pelajar
lelaki Pahang di dalam Charlie.

(Mana Prof?? )

Duduk bersila dan berhimpit dengan manusia
adalah kelaziman kami semasa dalam "Charlie".
Makanan dan minuman sentiasa tersedia
setiap setengah jam.

Prof. hanya lebihkan makan sahaja dari minum
air kerana tandas dalam Charlie tidak kelihatan
mungkin wujud tetapi hanya untuk tentera
bertugas sahaja.

3 jam perjalanan dalam Charlie akhirnya
Prof. dan rakan-rakan tiba di Airport jeddah.
Semasa menunggu bas yang akan bawa kami
keluar dari Airport, bergambar adalah perkara
wajib
bagi mereka-mereka yang sudi dan
semestinya "Photographer, Travelog, Blogger"
seperti Prof. dan mungkin rakan lain.

(Flight Food)

Suasana malam yang dingin tidak melembitkan
mata dan memenatkan kami walaupun
dalam Charlie penat duduk berhimpit tanpa boleh
berdiri, untuk teruskan perjalanan menuju
tempat penginapan orang Malaysia yang menunaikan
haji setiap tahun.

Semasa kami semua turun dari bas dan mengambil
bagasi masing-masing segala kelengkapan seperti
sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi disediakan
semasa beratur untuk giliran seterusnya.

Sepanjang Prof. dan rakan-rakan berada
di sana makanan yang sedap-sedap sentiasa
tersedia. Bukan malaysia tahu?.. Makanan arab
okay!
Tetapi memang sedap sangat sebab
sentiasa makan ayam KFC versi arab.

Dari pagi hingga petang, petang hingga malam,
malam hingga pagi semula speaker sentiasa
memainkan peranan menyampaikan berita
gembira kepada semua akan sesiapa yang terpilih
pulang pada giliran seterusnya. Tidak lupa ucapan
Dj-Dj bertugas supaya setiap masa orang Malaysia
tidak bosan.



Dari pagi hingga pagi semula juga kawasan
kami bermalam sementara sentiasa dipenuhi
gelagat manusia yang pelbagai. Suasana siang
dan malam sama sahaja kerana manusia tidak
tidur atas sebab makanan sentiasa ada dan
wifi percuma 24jam sentiasa OnAir.

Akhirnya pada 8 Februari 2011 Prof. dan rakan
rakan pahang serta sahabat negeri lain disenaraikan
pulang.
Alhamdulillah... lega rasanya kerana Apa??

Kerana Prof. dan rakan lain yang tiba di
Jeddah pada 4 Februari sudah bermalam
selama 5 hari 4 malam. Bayangkan transit
berapa lama?? ..


Pengalaman manis Prof. yang tidak dapat
lupakan ;

1. pulang malaysia beramai-ramai semasa
     revolusi Mesir

2. pesawat Charlie menjadi kenderaan rasmi
    Prof. dan rakan lain

3. segala kelengkapan makanan dan penginapan
    amat selesa digunakan dan bersyukur nikmat
    Allah berikan

Prof. harap kalian baca + fahami kehidupan Prof.
dan rakan lain dengan hati ikhlas akan perjalanan
kami di bumi penuh diberkati Allah.

Semoga ketika ini kalian rasa seronok mengetahui
perjalanan hidup kami di luar negara khususnya
"Mesir".

Akhir kalam, sentiasa teruskan jelajah kalian
di AsyrofAsriStudio untuk mngetahui lebih lanjut
travelog ini.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Jika ANDA ada pengalaman seperti Prof. samada di Malaysia atau Luar Negara dipersilakan
kongsikan dibahagian komen.

Terima Kasih

26 February 2010

7 Pengalaman Sebagai Guru Sekolah Rendah

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

(Majlis Sambutan Maulidur Rasul)

Ini sahaja gambar kenangan yang Prof.
ada untuk dikongsikan bersama kalian
semasa Prof. diterima mengajar di sebuah
sekolah rendah agama rakyat di Petaling
Jaya, Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...