9 November 2011

Sambutan Aidil Adha Luar Negara


ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

(Api Membara Memanaskan Suhu Sekelilling Musim Sejuk)

Hari Raya Aidiladha sering diraikan
setiap tahun oleh umat islam diseluruh
dunia. Tidak ketinggalan pelajar Malaysia
di luar negara Mesir khususnya dikongsikan
disini.

Syawal pertama Prof. dan rakan di luar negara juga dikongsikan disini.

(Rakan-Rakan Memerah Susu Fresh Untuk Cuba Merasai)

Aidil Adha tahun ini adalah tahun kedua
(2) Prof. dan sahabat lain meraikan tanpa
keluarga terdekat melainkan semua sahabat
dan para pegawai setiap negeri sahaja.

(Kumpulan Pegawai Setiap Negeri Sertai Acara)

Berbeza Malaysia dengan tanah arab-Mesir
kami disini meraikan dengan suasana musim
sejuk bermula ketika ini.



(Warga Tempatan Ambil Peluang Bergambar)

Kebiasaannya lima (5) hari sebelum hari raya
diraikan binatang seperti unta dan kambing
akan dibeli oleh pihak Persatuan Setiap Negeri.

(Ketika Sembelihan Unta Diadakan)



Apabila tibanya binatang tersebut, jadual
bertugas dikeluarkan bagi sesiapa yang
terpilih dan rela hati menjaga binatang korban
mengikut jam dalam sehari. Musim sejuk
tidak mematahkan semangat kerana seronok
sangat menjaga dalam cuaca yang lain dari
negara sendiri.

(Unta Dibaringkan Dan Disembelih Dengan Nama Allah
Diikuti Takbir Beramai-ramai)

Bagi yang akan menjaga binatang bermula
selepas solat fardhu subuh kami akan tidur
di kawasan jagaan dengan ditemani selimut
tebal dinamai "Saratoga". Pelajar yang menjaga
seawal selepas solat mahgrib hingga subuh
menanti waktu rehat "tidur" selepas solat
fajar.

(Aktiviti Menyiat Kulit Korban & Sempat Lagi Menjadi Model)

Binatang tersebut hanya diletakkan dikawasan
berdekatan apartment pelajar hanya turun tangga
sudah sampai di tempat jagaan.



Apabila tiba esok pagi untuk solat sunat aidiladha
kebiasaannya pelajar perempuan dan 2 atau 3
orang pelajar lelaki menemani takut jika ada
binatang korban yang hilang.

Selepas solat kebanyakan pelajar akan
berkerumun ke dataran Malaysia
untuk bersalam-salaman dan senyum
sentiasa antara mereka. Ketika inilah
juga warga tempatan Arab-Mesir
datang sekeluarga melihat binatang korban
akan disembelih.

(Majlis Sambutan Aidiladha Dirasmikan Oleh Pegawai Pendidikan
Serta Di Pandu Belakang Tabir Ajkt Persatuan)

Biasanya binatang korban didahului
dengan Persatuan Pelajar Perubatan
pada hari pertama. Hari kedua menyusul
bagi korban negeri masing-masing.



(Tempat Hadirin Diasingkan Bagi Elak Fitnah+Dosa)

Majlis jamuan aidil adha diraikan
setiap tahun di pusat pelajar Malaysia
di Hayyu Asyir dan Hayyu Sabi' di Kaherah.

(Krew Audio+Dj+Camera Crew Sentiasa Memastikan Majlis Berjalan Lancar)

Bagi yang telah dilantik terdiri dari
ajkt persatuan mahupun ahli persatuan
sendiri akan mengatur acara majlis
dengan penuh teliti dan bersemangat.

(Nasyid Pelajar Tahun Pertama Menyerikan Majlis)

Makanan seperti Malaysia sentiasa
disajikan supaya ia menghilangkan rasa
rindu terhadap keluarga di tanah air.



Ajk makanan akan menyediakan
dengan teliti supaya ia mengikut
polisi yang ditetapkan persatuan
dan pegawai pendidikan sendiri.

Prof. biasanya bahagian protokol
majlis atau bahagian kamera audio
sahaja. Almaklumlah minat yang
satu (1) sejak peringkat menengah
lagi.

Apa yang menarik pegawai pendidikan
dan warga ajkt persatuan tahun ini
adalah keunikan majlis berbeza
pada tahun-tahun sebelum akan tatacara
hias majlis.

(Hadirin Menjamu Dengan Hati Gembira Sekali!!)

Prof. rasa cukup setakat perkongsian
kehidupan kami di perantauan untuk kali
ini. InsyaAllah di masa akan datang Prof.
akan cuba kongsikan keunikan kami di sini.

Teruskan kelangsungan kalian di
Asyrof Asri Studio untuk selamanya
kerana ukhuwwah yang ikhlas akan
membuahkan hasil positif di
mata Allah.


Segmen ini ditaja khas oleh ;



Jika ANDA ada cerita menarik yang ingin dikongsikan bersama Prof. serta rakan lain di sini
hanya masukkan cerita-cerita ANDA dan link pautan ke laman untuk KAMI rasakan suasana itu.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...