1 September 2011

1 Syawal Pertamaku Di Perantauan

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

# Banner-Bunting Yang Digantung Setiap Tahun Di Depan Kediaman Pegawai


Hari Raya Aidilfitri sering diraikan
penuh meriah umat islam seluruh dunia
terutama Malaysian. Anak Malaysia
di perantauan tidak ketinggalan
menyambut penuh gembira walaupun
berjauhan dengan keluarga tersayang.

# Suasana Persekitaran Luar Masjid Solat Hari Raya Setiap Tahun

 (Inilah Suasana Solat Sunat Raya Seronok ??)

Jika anda mahu tahu di luar negara ini juga ada kawan sama nama dengan Prof. Jom kita kenal siapa dia disini.

Tahun ini merupakan tahun pertama (1)
Prof. meraikan aidilfitri tanpa keluarga
tetapi tidak mengapa. Yang pastinya
Prof. akan pulang pada tahun 2013
untuk meraikan bersama keluarga
insyaAllah. Doakan kalian semua untuk
Prof.

# Muka-muka Kacak Batch Penulis


Begitu juga dengan Prof. di bumi tanah
sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Mesir.
Beza Malaysia dan Mesir ialah dari segi
perayaannya hanya sehari sahaja diraikan
untuk melawat sanak saudara dikalangan
warga Arab-Mesir khususnya.

# Sekumpulan Pelajar Pahang Berkumpul-Bergambar


Negara arab lain Prof. tidak tahu.
Jika ada antara kalian yang belajar
di bumi arab lain selain Mesir boleh
kongsikan di ruangan komen akan
hari raya aidilfitri.

 (Prof ??)
Negara Arab khususnya Mesir yang
Prof. perhatikan selepas setengah jam
solat fardhu subuh sudah berkumandang
takbir bergema di setiap masjid utama
kawasan perumahan pelajar Malaysia.


Kebiasaanya kami akan berkumpul
di hadapan apartment untuk berpelukan
mesra senyuman dan bergurau senda.

Rumah pertama kami dijemput
datang meraikan ialah rumah
seorang pelajar senior ustaz
yang sedang menyambung
PhD Usuluddin. Sudah berkahwin
orangnya. Isterinya masih belajar
peringkat ijazah sarjana muda.
Kedua-duanya dari Al-Azhar University.

Di Dalam Gambar Ini Ada 2 Rakan Blogger Juga Yang Anda
Boleh Kenali Antaranya ;
Dan

Pelbagai kuih raya disediakan
dan makanan pelbagai citarasa.
Bual bicara antara kami amat meriah
sekali.

Dalam sehari juga, dua (2) hingga tiga
(3) rumah dilawati bermula pagi hingga
malam hari.

Dalam sehari kenyang amat dengan
juadah yang diberikan.

# Di Hadapan Kediaman Pegawai Pendidikan 

 (Bersalaman & Berpelukan Serta Senyum Sambil Ucapan Ialah Perkara Biasa Setiap Tahun)

Prof. rasa cukup setakat ini dahulu
cerita kehidupan kami.

Terima kasih kerana sudi menghayati
kehidupan ini seperti mana kalian
menghayati novel di pasaran.

Segmen ini ditaja khas oleh ;



Jika ANDA ada pengalaman, cerita beraya bersama keluarga tercinta atau bersama kawan-kawan
sahaja di Malaysia mahupun Luar Negara boleh kongsikan di ruangan komen.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...