4 August 2012

Kek Coklat Bujang

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Seminggu lepas Prof.Asyrof telah menempah kek
coklat buatan rakan perempuan 2 jenis. 1 antaranya
kek coklat penuh dan kek coklat permukaan atasnya
bersalut krim.

Sungguh menyelerakan apabila ia dikongsi bersama
ahli rumah *housemate* dan kek coklat lain dikongsi
bersama rakan rumah blok lain.

Kek tersebut bukanlah sempena hari jadi
*birtday* Prof. tetapi kerana ;

a. suka akan makanan bercoklat
b. lama tidak makan kek
c. rindu malaysia *pengubat rindu*

Kek sangat *simple* dari segi gubahan
corak dan tulisan.



Pada asalnya 2 kek tersebut ditempah /dibeli
atas dasar Prof. ingin buat majlis kecil
bersama *housemate* dan 1 kek pula
untuk majlis bagi semua kawan + sahabat
Prof. sempena telah berada di bumi Mesir
ini yang sama tiba dan sama tahun fakulti.

Tetapi ia telah menjadi kek "makanan
moreh" selepas solat sunat terawih
dan 1 kek lagi diberikan kepada rakan +
sahabat Prof. yang berada di blok lain
untuk sama-sama sahur kek sebagai
pencuci mulut.


Ia disebabkan tukang buat kek
sakit *demam* beberapa hari
sebelum dapat buat kek.

Prof. harap anda semua gembira
dengan segmen tika ini.

* Maaf kek coklat 1 lagi tidak dapat di sediakan untuk paparan kalian,
   sebab terlupa akibat leka makan bersama rakan *

{ Sekarang Prof. dalam proses pindah rumah di blok lain untuk keselesaan menulis,
  banyak muka surat manuskrip tidak dapat disiapkan. Doakan Prof. }

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...