25 July 2011

Aktiviti Musim Panas di Luar Negara

ASsalammualaikumWarohmatullah ... Salam Sejahtera ...


25 Julai 2011 Musim Panas sebelum Bulan Ramadhan
Prof. dan kawan serta sahabat dunia akhirat telah
bercadang cuti sempena musim panas
di kawasan pelancongan Mesir yang jauh
dari kawasan kami tinggal Kaherah, yang dinamai
"Ain Sukhna"

Jangan ketinggalan baca artikel kegembiraan Prof. cuti bersama keluarga di sini. 

Perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah
menaiki Tremco "Van"  yang diketuai oleh Pelajar
Matrikulasi Al-Azhar dan di pantau oleh Senior
kami pelajar Tahun Akhir Fakulti Bahasa Arab.

Bayaran seorang yang ingin sertai aktiviti
di Ain Sukhna sebanyak 35 L.E  bersamaan
Rm16.

Antara pengalaman Prof. dan kawan-kawan
dalam perjalanan menaiki tremco yang di pandu
seorang Arab - Mesir peramah orangnya.
Kemana-mana pelajar ingin pergi dialah antara
orang yang menjadi pemandu pelancong di bumi
Anbiya' Mesir ini.

# Van "Tremco" Kenderaan Perkhidmatan Pelancongan


Dia menceritakan yang Negara Mesir ini
bagaimana cara hidupnya, budaya dan
pelbagai mengenai Mesir. Dan yang menakjubkan
pemandu pelancongan kami ini cukup kenal
dengan budaya, masyarakat dan mantan-mantan
Perdana Menteri Malaysia dari segi pemerintahannya
bagaimana? ..

# Tempat Berteduh Makan, Persalinan Pakaian, Dan Berehat


HerMmmm .. dari situ kami mengorek Rahsia
yang selama ini tidak ketahui apa yang
di lakukan dan di rancang beberapa Mantan-mantan
Perdana Menteri Malaysia semasa berkhidmat jawatan
dan ada usahasama dengan kerajaan Mesir.

Yang menarik juga tentang pemandu ini
dia seorang yang bila belajar sesuatu
perkara terus ingat sampai bila-bila.
Contohnya dalam perjalanan kami
dia bertanya sesuatu perkataan arab
yang bila diterjemahkan ke Bahasa Malaysia
membawa maksud apa? ..

# Aktiviti Menyelam Dan Aksi-Merbahaya "Jangan Tiru"


Semasa Prof. dan kawan-kawan mandi di laut
yang tidak berapa dalam parasnya walaupun
sudah jauh ketengah kami berenang, kami
dihampiri beberapa Arab - Mesir yang ingin berkenalan
kuatkan ukhuwwah islamiah bersama orang Asia
iaitu kami. Beberapa minit kemudian semasa
bersuai kenal ada antara Arab - Mesir tidak percaya
kami orang Malaysia. Yang mereka hendak
percaya kami antaranya ada yang dari
Thailand ..
Jepun ..
China ..

HerMmmm ... apapun kami redha ..
kerana inilah anugerah Allah ..


Diantara kami memang ada yang
kulit putih
kulit warna matang
kulit warna gelap ..

Inilah dia Kejadian & Keajaiban Allah S.W.T

Prof.Asyrof rasa cukup setakat hari ini
untuk perkongsian selama berada di
Mesir.

InsyaAllah lain masa, lain waktu kita
akan bersua lagi dalam segmen yang
sama atau berlainan.


Segmen ini ditaja khas oleh ;



Jika ANDA mempunyai pengalaman dimana sahaja samada di Malaysia mahupun Luar Negara,
boleh kongsikan diruangan komen. Yang pastinya pengalaman itu mengikut tajuk artikel Prof. ini.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...