10 February 2011

Revolusi Mesir Evakuasi Dikuasakan

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Bergambar Sebelum Pulang)
Baca artikel Prof. yang pertama di blog ini Pengalaman Menjadi Guru Sekolah Rendah.

# Tarikh Keramat Di Hati

4 Februari 2011 menjadi tarikh peringatan buat
Prof. dan sesiapa yang pulang ke Malaysia sempena
revolusi yang berlaku di Mesir.

Artikel ini berkait rapat dengan Artikel ini


Sebenarnya awal bulan februari sebahagian pelajar
dan orang yang bekerja di Mesir sudah dikeluarkan
oleh kerajaan Malaysia dalam rangka evakuasi.

(Kenalkah Anda Siapa Yang Berkopiah Putih Depan Pakcik Yang Berdiri??)

# Kronologi Evakuasi

Ada rakan yang terdiri dari sebahagian perempuan
HEWI tersenarai awal dipindahkan keluar dari Mesir
sebelum Prof. dan sebahagian besar pelajar Pahang
ahli BKMIP dan negeri lain dipindahkan segera pada
hari jumaat.

 (Rehatkan Hati Dengan Solat Dan Makan)

# Suasana Takut Menyelubungi Semasa Keluar Dari Mesir

Mengikut sumber yang dipercayai dari Pegawai
Pendidikan Pahang Mesir dan beberapa Ahli
Jawatankuasa Tertinggi (Ajkt) BKMIP,
pada hari jumaat kami wajib keluar menaiki
bas ke Airport pada awal pagi sebelum
azan solat fardhu jumaat bersuara.

 (Suasana Dalam Pesawat Charlie)
Bimbang sesak trafik dan akan ada
penunjuk perasaan aman dan tidak aman
di sekitar jalan raya.

Tibanya kami di Airport, penuhnya kawasan
lapangan terbang dengan orang Malaysia
dengan disediakan 1 khemah besar untuk
urusan penting sebelum masuk "check in".

 (Pesawat Charlie Dari Luaran)

Untuk tahun 2011 sahaja pelajar kerajaan Malaysia yang berada
di Mesir seramai 11,000 jumlah keseluruhannya.

Ya Allah... terkejut juga Prof. ketahui akan
jumlah yang begitu ramai.

# Penempatan Sementara Pelajar Pengajian Islam Dan Perubatan Mesir


Sebahagian besar penumpang kapal terbang
taraf ekonomi "economic flight" samada
Airline Arab Saudi dan Malaysia Airline dinaiki
mereka yang sudah berkahwin dan perempuan
yang lemah semangat.

# Wartawan Tidak Melepaskan Peluang Menemuramah Mangsa Revolusi

 (Sesi Temuramah Pihak Wartawan Tv1 & Tv3)


Ada juga perempuan yang masih tetap sejuk
"cool" dan lelaki yang tegap menaiki bersama.
Mengikut atas rezeki masing-masing yang Allah
telah tetapkan.

# Sesi Taklimat Dari Yang Amat Berhormat Menteri

 (Kenal Siapa ??)

(Salah 1 Makanan Yang Sempat Disnap
Makanan Lain Tidak Sempat Kerana Terlalu Lapar Melihat Makanan Yang Sedap)


Yang selebihnya termasuklah Prof. pengalaman
manis
dan tidak pernah terfikir sedikit pun ialah
dapat menaiki pesawat tentera udara Malaysia
"Charlie" bersama kawan-kawan. Majoriti pelajar
lelaki Pahang di dalam Charlie.

(Mana Prof?? )

Duduk bersila dan berhimpit dengan manusia
adalah kelaziman kami semasa dalam "Charlie".
Makanan dan minuman sentiasa tersedia
setiap setengah jam.

Prof. hanya lebihkan makan sahaja dari minum
air kerana tandas dalam Charlie tidak kelihatan
mungkin wujud tetapi hanya untuk tentera
bertugas sahaja.

3 jam perjalanan dalam Charlie akhirnya
Prof. dan rakan-rakan tiba di Airport jeddah.
Semasa menunggu bas yang akan bawa kami
keluar dari Airport, bergambar adalah perkara
wajib
bagi mereka-mereka yang sudi dan
semestinya "Photographer, Travelog, Blogger"
seperti Prof. dan mungkin rakan lain.

(Flight Food)

Suasana malam yang dingin tidak melembitkan
mata dan memenatkan kami walaupun
dalam Charlie penat duduk berhimpit tanpa boleh
berdiri, untuk teruskan perjalanan menuju
tempat penginapan orang Malaysia yang menunaikan
haji setiap tahun.

Semasa kami semua turun dari bas dan mengambil
bagasi masing-masing segala kelengkapan seperti
sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi disediakan
semasa beratur untuk giliran seterusnya.

Sepanjang Prof. dan rakan-rakan berada
di sana makanan yang sedap-sedap sentiasa
tersedia. Bukan malaysia tahu?.. Makanan arab
okay!
Tetapi memang sedap sangat sebab
sentiasa makan ayam KFC versi arab.

Dari pagi hingga petang, petang hingga malam,
malam hingga pagi semula speaker sentiasa
memainkan peranan menyampaikan berita
gembira kepada semua akan sesiapa yang terpilih
pulang pada giliran seterusnya. Tidak lupa ucapan
Dj-Dj bertugas supaya setiap masa orang Malaysia
tidak bosan.



Dari pagi hingga pagi semula juga kawasan
kami bermalam sementara sentiasa dipenuhi
gelagat manusia yang pelbagai. Suasana siang
dan malam sama sahaja kerana manusia tidak
tidur atas sebab makanan sentiasa ada dan
wifi percuma 24jam sentiasa OnAir.

Akhirnya pada 8 Februari 2011 Prof. dan rakan
rakan pahang serta sahabat negeri lain disenaraikan
pulang.
Alhamdulillah... lega rasanya kerana Apa??

Kerana Prof. dan rakan lain yang tiba di
Jeddah pada 4 Februari sudah bermalam
selama 5 hari 4 malam. Bayangkan transit
berapa lama?? ..


Pengalaman manis Prof. yang tidak dapat
lupakan ;

1. pulang malaysia beramai-ramai semasa
     revolusi Mesir

2. pesawat Charlie menjadi kenderaan rasmi
    Prof. dan rakan lain

3. segala kelengkapan makanan dan penginapan
    amat selesa digunakan dan bersyukur nikmat
    Allah berikan

Prof. harap kalian baca + fahami kehidupan Prof.
dan rakan lain dengan hati ikhlas akan perjalanan
kami di bumi penuh diberkati Allah.

Semoga ketika ini kalian rasa seronok mengetahui
perjalanan hidup kami di luar negara khususnya
"Mesir".

Akhir kalam, sentiasa teruskan jelajah kalian
di AsyrofAsriStudio untuk mngetahui lebih lanjut
travelog ini.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Jika ANDA ada pengalaman seperti Prof. samada di Malaysia atau Luar Negara dipersilakan
kongsikan dibahagian komen.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...