ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..
JUMAAT - Berakhirnya tempoh melancong (umrah-ziarah)
bagi mak saudara Prof. selama
4 hari 3 malam di Mesir.
Selama keberadaannya di bumi anbiya' ini
rindu mak abah / Malaysia terubat seketika
dan yang paling Prof.Asyrof hendak kongsikan
setiap hari topup kredit telifon "handset".
hahaha ... memang tidak dinafikan dalam
sehari setiap masa ada sahaja sms terbaru
sampai untuk info Prof.
(Note; Kalian boleh melihat beberapa gambar DI SINI )
Jenis Prof. jika seseorang tidak kira sesiapa pun
penting untuk kita balas "reply" mesej mereka.
Lebih kurang 40 duit Mesir bersamaan
RM 20 Malaysia telah di gunakan tetapi
bagi Prof. keluarga adalah penting bagi
segalanya.
Prof. sudah beritahu supaya beli nombor
sini tetapi mungkin susah untuk ke kedai
berkapasiti kecil untuk membelinya jadi
jemaah umrah hanya ke tempat yang lebih besar
seperti contoh pasaran elite iaitu tempat-tempat
melancong sahaja.
Digi Malaysia mak saudara Prof. gunakan untuk
sms selalu sementelah berada di sini.
Itu menyebabkan caj mahal.
Apapun Prof. tidak rasa ia amat rugi bagi diri ini.
Tetapi gembira dan seronok bermain di kepala
kerana ada saudara terdekat kita berada
disamping. Walaupun dari hari pertama tidak
berjumpa sesampai mak saudara sehingga
hari terakhir semasa jemaah pergi melawat
Masjid Al-Azhar dan pasar raya sekitar Masjid
Saidina Hussien. Sebelum mereka terbang pulang
pada malam harinya.
Kebiasaannya sebelum terbang pada jam
yang ditentukan mana-mana orang "traveller"
boleh memasuki pintu utama "check in"
2 jam awal atau 1 jam setengah lewat.
Tetapi Prof.Asyrof pelik kerana mak saudara
dan jemaah umrah masuk 3 jam awal di Airport
Cairo. Prof. rasa terkilan sangat kerana lewat
tiba atas masalah jalan sesak dan hanya
dapat bersemuka buat kali terakhir selama
15 minit sahaja.
Sebelum mak saudara dan sahabatnya yang bekerja
di tempat sama di Malaysia masuk untuk "check in",
beberapa keping gambar telah di snap olehnya
untuk tatapan keluarga di tanah air.
Bungkusan dari mak abah Malaysia disertakan,
Alhamdulillah sampai juga di tanganku.
Itu sahaja cerpen terkini buat kalian semua
sebelum Prof. akan menjalani exam berikutnya
pada hari Ahad ini 10 Jun 2012.
Doakan Prof. dan sahabat-sahabat lain dipermudahkan
Allah segala urusan stady baca + faham + hafal fakta.
InsyaAllah kita jumpa di lain masa lain hari ok.
Terima Kasih