6 June 2012

Hadiah Malaysia Sudah Tiba

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

RABU - Hari ini adalah hari yang paling gembira kerana Prof.
dapat jumpa akhirnya dengan kawan abah Prof. yang
datang ke Mesir melawat anaknya yang berusia 13 tahun belajar Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab.



3 hari Prof. menunggu sebenarnya kedatangan Pakcik
Rafi kawan abah, sejak tiba di Airport Mesir pada 3 Jun baru-baru ini sehingga pagi tadi baru dapat berjumpa dengan saudara Malaysia yang sudah lama tidak melihatnya sejam sebelum Prof.
pergi Universiti untuk peperiksaan bunyi dering
handset akan nombor tidak dikenali tetapi
bersyukur yang menelifon ialah kawan abah Prof.

Prof. ingat ingin berbual lama mungkin setengah jam
sebelum Prof. bertolak ke Al-Azhar di kedai makan
rumah negeri Pahang, tetapi kawan abah mengatakan
dia akan pergi menziarahi orang di satu kawasan yang tidak Prof. ketahui selepas jumpa Prof. untuk
bertanya khabar dan menyampaikan bungkusan
dari Malaysia.



Amat terkilan juga ketika itu tapi Prof. buat muka orang
yang tidak peduli apa yang dikata padahal sedih
sebab jika boleh bawa kawan abah pergi melihat
keadaan sekeliling kawasan perumahan Asia-Malaysia
di tempat Prof.

InsyaAllah, mungkin esok Prof. akan cuba hubungi kawan
abah untuk bertanya "jika pakcik mahu datang lagi, boleh jumpa saya".

Menurut sumber dari abah Prof. Pakcik akan berada di
Mesir selama 12 hari. HerMmm ... lamanya rasa.
Seronok bila orang Malaysia datang sini menziarahi
kami.

Setelah ucapan Prof. "Terima Kasih, Assalammualaikum
Warohmatullah" Van khas yang membawa kawan abah
beserta 4 orang yang menjadi "Tourist Guide" agaknya
semuanya orang Malaysia berlalu pergi meninggalkan
Prof.

Prof. berjalan menghantar bungkusan ke rumah tanpa
melengahkan / membuang masa stady untuk turun ke kedai makan
semula untuk sambung ulangkaji.

Maaf kepada kalian semua gambar Ayah Saudara dan rombongannya tidakku
ambil kerana terlupa bawa kamera ke lokasi.

Okay, cukup setakat ini kita akan berjumpa di lain segmen okay ..

Jangan Lupa segmen seterusnya nantikan kemunculannya.

Segmen ini ditaja oleh ;


Terima Kasih.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...