6 June 2012

Fourth Exam Sem 2

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

RABU - Pagi ini Prof. bangun tidur lewat dari hari biasa. Letih + mengantuk yang
amat membuat lena diatas tilam katil selesa dibuai mimpi.

Seperti biasa, azan solat fardhu subuh musim panas jam 3 pagi. Prof. terlewat sejam.
Semasa membaca doa terdengar jeritan dari handset akan kedatangan mesej yang
mungkin penting dari seseorang di awal pagi.



Prof. buka dan membaca mesej bertanyakan soalan berbunyi begini  
"Azan subuh pukul berapa ea?"
Pertanyaan pelik bagi kalian semua?..
HerMmm sebenarnya mak saudara Prof. ada di Mesir
sekarang dia pergi kumpulan Umrah - Ziarah.

Dia baru sahaja tiba semalam dari Jeddah. Selepas seminggu mengerjakan ibadah umrah.

Pada mesej jawapan Prof. "Ha! Subuh Gajah aa?"
Musim Panas Siang Panjang Malam Pendek..
Subuh seawal jam 3 / 3:30 pagi.

Mungkin mak saudara Prof. terkejut akan mesej seterusnya dari Prof. tika itu.

Sejam selepas itu mungkin selesai solat mesej seterusnya menyusul yang mengatakan ;

"Diorg xbgtau wktu sbyg.
Tourist guide la bengong ckp
6:30am..ok study n jwb
exam btl2
xblh jwab selawat
byk2"

Ha! terperanjat juga Prof. baca mesej akan hal begitu.
Tetapi Prof. memikir juga sehingga sekarang ..
Siapakah Tourist Guide tersebut ??

Adakah yang bekerja di Hotel penginapan Giza?
Adakah orang yang membawa mereka sendiri dari
Malaysia?

1.Jika pekerja Arab-Mesir usah dicakap banyak kali
memang macam itulah perangai Arab-Mesir,apa-apa
informasi penting / tidak, semua tidak betul jika betul
hanya nasib baik orang yang bertanya.

2.Jika agen yang membawa mereka sejak dari
Malaysia lagi begitu tidak tahu hal waktu solat dan
sebagainya Mustahil!! Sebab agen tourist ini
biasanya mereka sudah biasa tahu hal
berkaitan apa-apa sahaja termasuk waktu
solat.

Bagi Prof. sendiri mungkin yang pertama (1) pekerja
Hotel tersebut yang ditanya orang bukan islam,
mungkin pekerja hotel itu orang islam tetapi jarang
solat / tidak solat. Biasanya begitulah pabila bekerja sebagai pelayan di
Hotel / kerja melibatkan professional dan korporat  akan terhijab apa yang lagi
penting dalam kehidupan seharian kita.

Persoalan kedua (2), mungkin orang yang membawa
jemaah umrah sejak dari Malaysia adalah pertama kali
walaupun bahasa Arabnya sudah fasih.Mungkin dari
segi pengurusan hebat tapi jam solat terlupa.

Its okay, NoOoooo !!!!! ...

Apa-apa sahaja yang kita buat atas dunia ini, jika ia penting sekalipun  
solat amat penting dari segalanya terutama solat fardhu (wajib).

Bagi yang bermusafir atas niat ibadah walaupun ia
urusan kerja dikira ibadah juga yang tiada sedikit pun
maksiat padanya Allah telah memberi kelonggaran
untuk kita beribadah padanya.

Sebagai contoh jika yang masih blur dengan
penyataan dari Prof. ;

"Syarikat kereta proton meletakkan harga pasaran
semasa dengan RM 70,000..

Tetapi pada musim cuti sekolah ia telah dikurangkan
diskaun menjadi RM 60,000.."

Inilah contoh bagi orang yang bermusafir Allah telah
memberi kelonggaran dari segi undang-undangnya
tetapi kelonggaran itu masih tidak melanggar tetapan
dari-Nya.

OkayLah... Prof. rasa panjang sangat cerita pagi ini rasanya.

Sedap sangat macam kuih donat bila menulis cerpen. hihihi ...

Prof. hendak sambung stady sebelum beberapa jam
lagi akan menempuhi ujian pada hari ini
Rabu 6 Jun 2012.

Okay, jangan lupa doakan Prof. dan kawan-kawan untuk
teruskan perjuangan ini.

Okay, jumpa lagi di lain segmen.

Nantikan segmen-segmen seterusnya bersama Prof.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...