30 May 2012

Second Exam Sem 2

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

Kedai makan orang melayu yang beroperasi di imarah "bangunan" rumah negeri Pahang Hayyu Asyir adalah tempatku sentiasa singgah / datang untuk tujuan satu (1) makan dan berbual dengan makcik kedai tersebut.

Semasa Prof. masuk dalam premis hanya ada seorang pelanggan sahaja ketika jam 10 pagi. Seorang pakcik dari Selangor yang datang dengan isterinya untuk melawat anak kesayangan yang belajar di Egypt.



Selepas Prof. menyapa Pakcik tersebut dan perbualan kami rancak terus tanpaku duga yang Pakcik itu memang peramah. Alah biasalah borak dengan orang tua.



Banyak yang kami bualkan sepanjang Prof. berada disitu menunggu kawan sebelum sama-sama pergi ke Kulliah untuk menghadiri peperiksaan.

Akhirnya Pakcik tersebut mengundur diri ke rumah tetamunya di rumah Negeri Selangor pada jam 10 minit sebelum jam 11 pagi. Bayaran makan kuih dan minumanku telah dibayar oleh Pakcik tersebut.

Alhamdulillah ...

Seronok mendengar cerita dan berbual bagaikan berada di kedai makan Malaysia waktu pagi sambil makan roti canai dan air kopi. Kerinduan terhadap Mak Abah dan Malaysia hilang seketika apabila berada bersama pakcik tersebut.

Kawan Prof. telah tunggu di pintu utama imarah kedai makan dan Prof. bersamanya terus pergi jalan kaki ke perhentian bas untuk meneruskan perjalanan ke Universiti.

Cukup setakat ini sahaja ia, Prof. hendak rehat pula jam dah lewat tanda subuh makin hampir.

InsyaAllah kita jumpa di lain segmen bersama Prof.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...