27 May 2012

First Exam Sem 2

ASsalammualaikumWarohmatullah ...Salam Sejahtera ..


27 Mei 2012 hari pertama peperiksaan umum bertulis bagi
semua fakulti pengajian islam Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah,Mesir.

Terutama bagi kos Prof.Asyrof Fakulti Syariah & Undang-undang.



Ujian bertulis bermula sejam selepas solat fardhu zohor.
Al-quran ialah antara subjek pembunuh "killer subjek"
bagi Al-Azhar.

Apa yang Prof.Asyrof paling takut / khuatir / bimbang
dan seangkatan maknanya ialah dalam bahasa kampung
Prof. "We have idea, but lost".

5 soalan sahaja bagi tiap subjek adalah perkara biasa bagi Universiti Al-Azhar semasa musim peperiksaan.

Tetapi !! .. 1 soalan ada 3/4 anaknya.

Jika 3 / 5 soalan besar sahaja ..

Berapa ?? ..

Prof.Asyrof pun tercengang juga sebenarnya ditambah
pula soalan yang apabila kita baca, kita wajib fahami
beberapa kali sebelum jawab, kerana ..

Senang sahaja jawapannya, soalan mudah tapi jawapan
puas juga kita memikirkan walaupun hakikatnya
sudah baca + faham + hafal sebelum berperang.

1 juzuk hafalan Al-quran bermula awal surah Al-baqarah hingga muka surat 21 ialah silibus bagi pelajar Asia sahaja.

Alhamdulillah bagi mereka yang boleh jawab dengan sempurna, amat sedih bagi mereka yang mungkin 2/3
daripada 5 soalan yang keluar sahaja boleh dijawab.

Pandangan Prof.Asyrof dalam bab ini, jika kita jaga
hubungan Allah, manusia, haiwan dan sebagainya
insyaAllah akan mudah bagi mereka menghadapinya
sebelum, semasa, selepas ulangkaji sesuatu pelajaran.

Okaylah, Prof.Asyrof tidak mahu cerita panjang.
Apa yang mahu dikongsikan disini ialah perjalanan
sebelum, semasa dan selepas ujian pada hari ini.

Jam 11a.m : menaiki bas bersama kawan

Jam 11:30am : duduk di taman bunga hadapan kulliah
                       sambil-sambil up-date ingatan melihat papan kenyataan dimana
                       tempat peperiksaan

Jam 12am : Azan masuk, solat jemaah di masjid belakang
                  Universiti

Jam 12:15pm : Cari tempat teduh untuk ulangkaji semula

Jam 1:20pm : Masuk dewan dan berperang !! ..

Jam 3:30pm : Selesai jawab terus pulang ke rumah

Hari Jumaat & Ahad adalah hari paling sesak dengan kenderaan kerana hari orang mesir menjual kereta
di pasar mereka. Hari Jumaat & Sabtu adalah cuti umum bagi Mesir.

Semasa keluar dari Universiti dan berjalan, terus berjalan
dan berjalan lagi akhirnya bas telah tiba. Tidak sangka selepas setengah jam perjalanan terlalu ramai orang.

Boleh dikatakan perjalanan 1 jam lamanya dari biasa untuk ke suatu destinasi bukan sebab jauh tetapi terlalu sibuk jalan raya.

Prof.Asyrof rasa cukup setakat ini dahulu perkongsian untuk hari ahad. Sebab Prof. rasa kalian sudah terlalu
lama di segmen ini.

Prof.percaya kalian tidak sabar menunggu segmen
seterusnya yang gempak dan terus tergempak di
Asyrof Asri Studio kan ?? ..

Nantikan kemunculan Prof. di lain episod.

Terima Kasih,

Jumpa Lagi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...