25 May 2012

Suasana Sedih + Gembira

ASsalammualaikumwarohmatullah ... Salam Sejahtera ..

Berdasarkan tajuk diatas, Prof.Asyrof ingin mengulas serba sedikit perjalanan / suasana sekitar
perpisahan terakhir atau dikenali sebagai akhir pemerintahan Pegawai Pendidikan bagi negeri
Pahang di Mesir.



Ustaz Tuan Ahmad Fared Bin Mohd Din adalah orang yang Prof.Asyrof ingin bicarakan disini.
Beliau telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendidikan bagi pelajar pelbagai bidang pengajian
di sekitar bumi para sahabat Nabi S.A.W ini selama 3 tahun perkhidmatannya.

(Kawan-kawan Pegawai & Duta Setiap Negeri)
Pertama (1)

Suasana gembira kerana majoriti pelajar suka berjalan / ambil angin dan sebagainya terutama
ke Airport untuk melihat suasana dan yang paling penting ingin lepaskan kerinduan keluarga
serta akan negara yang dicintai Malaysia sendiri.

Group / kumpulan jurugambar memang suka bab ini kerana pelbagai gambar akan diambil.
Seperti Prof.Asyrof juga tidak begitu?? Apa-apa majlis / program puak juru kamera tidak
akan lepaskan peluang.

 (Kenderaan Yang Membawa Pelajar Pahang)

Free / percuma satu (1) perkara yang tidak akan sesiapa lepaskan emas yang disediakan
di depan mata. Ustaz Fared telah menyediakan kenderaan ke Lapangan Terbang untuk membawa
kami semua rakyat Pahang mengiringi beliau. Sebuah bas, sebuah coester "bas pendek" dan
2 buah van.


Kedua (2)

Suasana pilu / sedih / terkilan / menangis membanjiri tempat kami memandang dengan tersenyum
dan bergelak ketawa akan gelagat / aksi Ustaz dan keluarga sebelum mereka masuk "check in"
untuk berlepas. Ketegasan tetapi sebenarnya murah hati terhadap kami memberi banyak makna
kepada semua pelajar Pahang khusunya.

 (Suasana Begitu Ramai Sekali Pelajar Pahang Meraikan)

Suasana ketawa tetapi sebenarnya sedih ingin melepaskan antara Pegawai Pendidikan yang
begitu mesra rakyat atau dikenali sebagai sentiasa bersama rakyat dalam apa jua keadaan
membuatkan beberapa Pegawai, kakitangan kedutaan serta Duta Besar Malaysia.

Apa yang Prof.Asyrof dengar dari orang kebanyakan Pegawai Pahang Ustaz Tuan Ahmad Fared
merupakan Pegawai yang sentiasa macho / kemas dalam tugasnya selama berkhidmat.
Maksudnya campaklah beliau kemana sekalipun ia boleh pergi jauh. "Pegawai Pendidikan
Pahang dari dahulu lagi telah banyak berjasa dan sentiasa ramah dengan Dato' Duta".
kata Ustaz Fared dalam 1 majlis dahulu.

 (Isteri Pegawai Juga Ustazah Mengajar di KULLIAH)

Jam menunjukkan 10 setengah malam kami segera meninggalkan Airport ke tempat letak
kenderaan kerana Ustaz Tuan Ahmad Fared dan keluarga telah masuk pintu gerbang ke
"boarding pass" sebelum mereka terbang pada jam 12 malam.

Apa yang Prof.Asyrof hendak katakan / beritahu ialah Pegawai Pendidikan Pahang
seperti beliau sentiasa bekerja dalam keadaan disiplin dan mengutamakan
pelajaran anak-anak negeri.

Beliau bukan sahaja seorang yang mahir dalam pelbagai soft skills tetapi seorang
lepasan Univerisiti Al-Azhar dari Fakulti Bahasa Arab.

Pada pendapat Prof.Asyrof sendiri, bukan mudah / jarang sekali dapat mengenali
beliau akan perkhidmatan cemerlang dan juga bakti kepada pelajar Pahang sendiri.

Okay, cukup disini dahulu kita bersua InsyaAllah lain masa Prof.Asyrof akn On-Air
bersama anda jadi kamu kamu semua jangan lepaskan peluang bersama Prof.
dalam apa-apa segmen.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...