27 March 2012

Pencerahan Unit Pengetahuan & Pendidikan ??

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..


ISNIN 26 March 2012 ketika ini perkhidmatan bas
tergendala lagi. Sudah hampir seminggu kenderaan awam itu masih tidak
dilaksanakan.





-Seperti biasa, hari ini Prof. akan ke Kulliah dengan menaiki Van sewa "Tremco" 
 yang sering di sebut-sebut masyarakat arab & pelajar Asia khususnya.


- Perkhidmatan ini disediakan oleh Unit Pengetahuan & Pendidikan


- Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang "BKMIP" 


- Yang baru bermula pada hari ini, setelah merasa kepahitan ketiadaan bas
   ke Kulliah seminggu - kebiasaannya pelajar menaiki bas bagi yang tidak
   berkenderaan sendiri "private vehicle" -


- Hari ini ada 2 subjek sahaja Kulliah, waktu pertama & ketiga "yang terakhir"


- Kebiasaannya Prof. akan pergi menghadiri Kulliah Prof. Dr. hanya 1 subjek


- Terutama subjek pembunuh "Killer Subject" pada sem tersebut


- Dan paling utama ketika Prof. betul-betul semangat dan tidak stress


- Jadi, kelas pertama pada hari ini ialah Undang-undang Semasa


- Setibanya Prof. dan rakan-rakan Universiti di hadapan gerbang utama


- Pada ketika itu jam menunjukkan 8:30 pagi masih ada 30 minit sebelum 
  kelas bermula


- Prof. dan rakan pergi ke sebuah restoran terkenal Arab-Mesir untuk sarapan
  pagi


- Setelah memasukinya saya dan karib terliur melihat daging-daging masih
  berlendir - basah ketika dipanggang di dapur


- Asalnya ingin merasai makanan yang cukup terkenal dan begitu enak serta
  harga berpatutan


- Tetapi memadai minta sahaja makanan yang sering dimakan masyarakat
  Arab-Mesir iaitu gelaran "Tokmiyah" yang pelbagai citarasa harganya murah


- Ketika enak menjamu selera kesedaran di hati masuk Kulliah


- Allah !! sudah lewat 5 minit, kebiasaannya Prof. masuk dan kunci pintu


- Kami bergegas ke pintu belakang Universiti jalan yang sering kenderaan 
  Prof. Dr. serta staf-staf Universiti masuk untuk meletak kenderaan
  mereka


- Setibanya di pintu Kulliah, Alhamdulillah Prof. Dr. masih tiada


- Saya terserempak dengan sekumpulan pelajar yang sedang membeli buku
  contoh soalan-soalan peperiksaan 


- Yang diterbitkan parti politik IKHWAN MUSLIMIN oleh ajen-ajen mereka


- Prof. telah membeli 4 buah buku 1 darinya Prof. sendiri dan 3 darinya
  untuk kawan yang telah telifon semasa dalam Kulliah 


- Yang menyuruh Prof. membelinya


- Harganya sangat-sangat murah hanya L.E 3 bersamaan Wang Malaysia


- RM 1.50 sahaja senaskah


- Setelah meneliti isi kandungan sambil menunggu kehadiran Prof. 


- Prof. rasa perlu pulang ke rumah secepat mungkin kerana 


- Hati / perasaan Prof. cepat stress dan tidak semangat


- Apapun ia disebabkan Prof. sendiri tidak ulang kaji subjek
  hari ini dengan melihat secara rambang sebelum Prof. Dr. syarah


- Pada Ahad malam Isnin 




p/s - maaf atas sebab panjang sangat coretan saya ketika ini, kerana Anda Sedang Bersama
        Prof. Asyrof

p/s - doakan saya kerana saya selalu stress yang tidak menentu, ini mungkin akan
         menjejaskan pelajaran & prestasi saya untuk masa hadapan

p/s Terima Kasih atas bacaan + fahami kehidupanku
        



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...