24 February 2012

Forum Kerjaya Peguam

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

kredit gambar : LiteHouseMan

KHAMIS-Forum Perdana Perundangan Islam,
Profesion Peguam Syariah, Antara Bidang
Kerjaya dan Medan Perjuangan diadakan
julung kalinya di Mesir.
Tahun sebelum sehingga kini tiada lagi
aktiviti seperti ini dilakukan oleh mana-mana
institusi anak Malaysia di bumi Mesir.

Tercetusnya program sebegini adalah
faktor majoriti mahasiswa keluaran Al-Azhar
terutama pelajar Fakulti Syariah & Undang-undang
yang dahagakan ilmu pentadbiran dan pengurusan
perundangan islam yang khusus.


Majoriti pelajar Malaysia yang mengambil
fakulti ini ramai di Jabatan Syariah
Islamiah (Perundangan Islam) di bawah
sub Fakulti Syariah & Undang-undang
Universiti Al-Azhar.

Program ini telah disusun oleh beberapa
aktivis pelajar Malaysia di Mesir sendiri
dan menubuhkan Kelab Peguam Muda
Mesir bagi tahun pertama 2012.


Kelab Peguam ini telah menjalinkan
hubungan dengan Majlis Peguam Muslim
Malaysia dan menjemput mereka
menghadiri seminar bagi menyampaikan
taklimat asas.

Antara orang penting dalam sistem
perundangan Malaysia yang hadir
ialah ;

YBHG Dato' Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Tuan Abdul Rahim Sinwan
Pengamal Perundangan Syariah

Tuan Abdul Halim Bahari
Pengamal Perundangan Syariah

Tuan Roslizam Rahim
Pengamal Perundangan Syariah (Pure)

kredit gambar : Eric E Johnson

Dalam program ini kami telah diperkenalkan
asas yang wajib diketahui oleh semua
pelajar yang ingin mengamalkan
ilmu dalam pentadbiran perundangan.

Alhamdulillah... Prof. rasa amat seronok
kerana bidang ini memang minati sejak
dari peringkat menengah lagi.

Profesion Peguam antara kerjaya
Professional dalam setiap gerak
kerjanya. Tetapi peringatan buat
diri Prof. dan rakan di luar sana
yang minat dan ingin belajar
teruskan usaha mendapat ilmu
serta menjadi PAKAR dalam
setiap kes yang akan dikendalikan.

Ingatlah bahawa kerjaya ini bukan
kerana gajinya yang lumayan
(mengikut sesuatu kes) tetapi
cabaran mempertahankan
seseorang individu atau
sesebuah organisasi.

Prof. sentiasa updatekan info
mengenai aktiviti seperti ini sentiasa
di laman sosial facebook.


Banyak perkara yang Prof. tidak
ketahui akan dapat menjernihkan
pemikiran akan hal ini.

Terima Kasih kepada aktivis yang
menubuhkan Kelab Peguam Muda
Mesir semoga Allah yang layak menilai
ganjaran bagi hambanya yang ikhlas
dalam amalnya.

Terima kasih kerana sentiasa mengikuti
perkembangan Prof. dalam segmen
sebegini dan segmen lain dari ini.

Teruskan kebersamaan anda dalam usaha
ini untuk kuatkan tali persaudaraan sesama
manusia selagi hayat.

Segmen ini ditaja khas oleh ;




Jika ANDA ada mengikuti kursus guaman atau pernah menjadi peserta seminar perundangan
boleh kongsikan bersama Prof. dan rakan-rakan disini di ruangan komen.

Terima Kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...