13 March 2012

Malaysian Family Day Cairo

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

kredit gambar : MinneaPolis

Hari Keluarga adalah amat penting dalam
sesebuah keluarga bagi mana-mana
agama, bangsa dan negara.

Majlis hari keluarga selalu diadakan
sekali (1) setahun untuk sama-sama
menguatkan tali persaudaraan
dalam sesebuah keluarga besar
mahupun kecil.


Bagi pelajar-pelajar yang belajar
di luar negara juga tidak ketinggalan
dalam meraikan hari yang indah ini
walaupun hanya sehari (1) sahaja.

Walaupun kawan dan sahabat
sahaja yang meraikan tetapi ia
juga dikenali sebagai keluarga.

Mesir khususnya, Hari Keluarga
lazim diraikan setiap tahun sekali.
Ada persatuan anak negeri bekerjasama
dengan persatuan anak negeri lain dalam
usaha ini. Seperti contoh baru-baru ini,
negeri kedah bekerjasama dengan negeri
lain. Maaf, Prof. tidak ingat negeri mana?

Dalam majlis tersebut pelbagai juadah makanan
negeri masing-masing dijual kepada pengunjung
yang hadir.

Hari Keluarga ini berlangsung di padang khas
kawasan rumah negeri Malaysia Cairo, Egypt.


Apa yang Prof. makan ialah laksanya.
Alhamdulillah ... memang seronok makan
dalam keadaan masih panas suam ketika
musim sejuk masih berlangsung.

Pada malamnya pula Prof. makan
keropok leko bersama kenalan Philipines.

Maaf, Prof. terpaksa berhenti di sini,
kerana terasa penat menulis.

Teruskan membaca + memahami
kehidupan Prof. dan kawan-kawan di sini.


Jika ANDA mempunyai gambar menarik tentang hari keluarga juga boleh dikongsikan
di ruangan komen. Prof. AMAT mengalukan.

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...