4 July 2012

Hari Keluarga Malaysia Mesir

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Bagaimana ? Kalian faham akan gambar diatas??

Hari Keluarga akan bermula pada esok hari.
5 julai 2012 menjadi detik gilang-gemilang
bagi anak pahang terutamanya di bumi
Mesir.

Mesti kalian pelik dengan nama-nama
kumpulan untuk pertandingan sempena
Hari Keluarga tahun 2012 ini.

Jom Prof. terangkan secara ringkas,
insyaAllah kalian akan faham dan tahu
apakah ia?..



Kumpulan Etisalat 

Kumpulan Vodafone

Kumpulan Mobinil

Kumpulan TE-DATA

Kalian semua sudah fahamkan apakah nama
di atas? ..

Program ini di bawah anjuran Persatuan Mega
Anak Melayu Mesir PMRAM, sepatutnya BKMIP
bermula pada akhir musim sejuk
tetapi ia ditunda pada musim panas yang
sudah pun hampir sebulan lebih membuka
tirainya. Prof. difahamkan ia ditunda kerana
menumpukan kepada peperiksaan yang hampir
ketika itu.

Program yang akan bermula pada hari esok
Prof. tidak tahu bagaimana atur cara majlis
tersebut dan dengan negeri mana ia akan
bersama dalam aktiviti tender jual makanan
serta aktiviti sukan bersama.

Kebiasaannya, PMRAM Telah aturkan
negeri-negeri untuk "Family Day" setiap
tahun. Tetapi tahun ini Prof. tidak tahu dengan
negeri mana?

Inilah ia apabila kita berjauhan dengan keluarga
yang kita sangat sayang terutama emak dan abah,
kita wajibkan diri untuk sentiasa eratkan persaudaraan
dengan kawan-kawan seperti contoh berikan mereka hadiah
seperti mana Prof.Asyrof sendiri beri hadiah kepada
emak dan abah serta adik di Malaysia.

Kegembiraan akan menyerlah apabila kita
dapat mengembirakan satu sama lain terutamanya
rakyat Mesir sendiri apabila negaranya dipimpin
Inilah ia keajaiban yang terhadap bumi
Allah penuh barakah.


Malam semalam semasa lawat kawan
di rumahnya menonton cerita terbaru 2012.
Tiba-tiba secara spontan Prof. di lamar
untuk menjadi "Master of Ceremony" -
Pengerusi Majlis atau lebih mesra
dipanggil "MC" di majlis penutup
Hari Keluarga.

Sejurus pulang, Prof. terus cari sumber
terbaik dan banyak kali bertanya PakCik
Google akan sumber contoh teks
MC.

Akhirnya jumpa dengan satu (1)
laman blog yang tajuknya cukup sesuai
dengan isi tetapi masalah blog lambat
loading apabila diskrol ke atas dan ke bawah.

Alhamdulillah Prof. sudah biasa dan berpengalaman
dalam majlis rasmi semasa diperingkat menengah
serta di Mesir sendiri tetapi Prof. sudah lama tidak
mengacarakan majlis atas kerana memberi laluan
kepada rakan-rakan baru yang ingin mencuba.

Sesiapa diluar sana boleh bantu Prof.
sebelum acara majlis penutupan diadakan
pada hari isnin malam selasa ?? ..

Prof. harap dapat kalian berkongsi segala
teks yang menarik untuk dicuba Prof. pada
malam tersebut.

Prof. rasa cukup setakat kali ini, insyaAllah
Prof. akan updatekan segala berita terbaru
mengenai Hari Keluarga ini untuk hari esok
dan seterusnya.

InsyaAllah jika Prof. tiada masalah segala jenis
Video akan acara terdekat dan video yang
lainnya akan Prof. uploadkan di stesen TV.

Prof. yakin apabila segala video dan audio
diupload ke laman tv seperti youtube akan 
terserlah kegembiraan kalian akan berita 
kami disini. Seperti gembiranya Prof. dapat 
pulang ke Malaysia bertemu keluarga. 

Nantikan bersama..

Segmen ini ditaja khas oleh ;



Terima Kasih





Enhanced by Zemanta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...