29 June 2012

Keajaiban Penjara Mesir

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..



Inilah ia keajaiban negara Mesir bumi para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan tanah 
para wali-wali Allah bertebaran.


Seperti yang kita ketahui dari mana-mana kawan atau ahli keluarga yang pernah menziarahi
tanah suci / bersih di bumi Allah seperti Mekah dan Madinah, jika sesiapa yang pernah
katakan atau tercakap besar nescaya akan terjadi sebentar sahaja selepas itu.

Begitu juga bumi Mesir sebelum Prof. kembara awal ke bumi penuh keberkatan ini,
ada tercakap kepada emak dan abah tidak akan Prof. pulang Malaysia selagi tidak 
tamat belajar. 

Begitu juga semasa sudah berada di bumi sumpahan ini, Prof. dan kawan-kawan 
di dalam bilik berbual keindahan dan tidak kurang berkata kecacatan negara ini,
Prof. tidak akan pulang ke Malaysia selagi tidak genggam segulung ijazah ternama
dunia.

Akhirnya, pada tahun 2012 seorang demi seorang sahabat-sahabat Prof. telah pulang
bercuti di Malaysia berehat bersama keluarga, dan Prof. mula rasa sedih dan hati telah
berontak untuk pulang jua.

Tetapi apakan daya, rezeki Allah ditakdirkan Prof. insyaAllah akan pulang ke 
tanah air pada tahun hadapan 2013.

Alhamdulillah kerinduan amat terhadap keluarga sedikit demi sedikit terhakis

Segmen ini ditaja khas oleh ;



Terima Kasih





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...