29 June 2012

Presiden Mesir Bayangan "UMAR ABDUL AZIZ"

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Sumber "Masr Al-Youm" melaporkan dua 'cabaran utama' pasukan polis dan pihak
keselamatan yang mengiringi Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi:

1) Suka menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid

2) Enggan menutup lalulintas jika kenderaannya berada di jalan raya kerana tidak mahu 
    menyusahkan rakyat

Menurut pihak keselamatan, mereka tidak terbayang Presiden akan meminta untuk menunaikan
solat di masjid, bukan di rumah yang memaksa mereka untuk menjaga keselamatan Presiden
yang menjadi tanggungjawab utama mereka.

Menurut sumber, Presiden juga telah mengimami solat kakitangan istana yang berada
bersama-sama beliau beberapa hari lepas.

Selain itu, Presiden juga tidak suka Pegawai keselamatan berdiri di panas terik bagi mengawalnya.
Beliau bertanya kepada pengawal, "Mereka berdiri sudah berapa lama?" Jawab pengawal,
"Sudah lebih dua jam". Presiden kemudian memarahi dan menyuruh mereka beredar.

Anda tahu jam berapa waktu solat Subuh di Mesir musim panas sekarang? 
Pukul 3.05 pagi!

Ya Allah ... seronoknya dapat duduk dibawah Pemerintah sebegini.
Kalian bayangkan ini baru minggu pertama pemerintahannya dalam negara Mesir,
sudah menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang sangat dicintai Allah di dunia dan akhirat.



Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

Pautan: Masr AL-Youm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...