22 June 2012

Roomate Pulang Malaysia

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (2 Bagasi Yang Amat Berat Dan Khidmat Bas Yang Disediakan Untuk
Meraikan Bagi Kawan Yang Pulang Ke Malaysia)

Tarikh 22 june 2012 ialah tarikh kawan + sahabat
juga roomate pulang ke Malaysia untuk beberapa
bulan melayari bahtera kerinduan bersama
keluarganya.



Beliau pulang bersama seorang Exco persatuan
berjawatan Bendahari Agong BKMIP

Flight pada jam 11.45 malam di Cairo Airport
seawal jam 8 setengah malam bergerak
menaiki bas yang disediakan dan ditemani
oleh beberapa pelajar pahang yang turut serta
juga dikepalai Yang Di Pertua BKMIP.

Prof. mahu ikut serta juga tetapi Prof. terlibat
dengan kerja sambilan di OneAsian Flight.

 (Yang Bertanda Merah Itu Roomate Prof. Bersalaman
Dan Bersedih Sementara)

Siapa yang tidak mahu ikut serta dalam hal
ini?  "roomate" kita yang mahu pulang
atau apa-apa sahaja kemungkinan jadi
kita wajib / harus teman tetapi apakan daya
kerja sambilan harus diutamakan
kerana ia berkaitan bisnes besar.

Apapun Prof. doa dan harap ia hanyalah
perkara sampingan sahaja dan yang pastinya
belajar di sini adalah satu (1) kewajiban.

Prof. terasa "feeling" juga akan ramai yang
pulang ke Malaysia pada tahun ini yang melibatkan
kawan dan sahabat seangkatan yang sama-sama
datang ke sini pada awal tahun.

Lebih kurang sebahagian dari kelompok rakan
Prof. yang belajar di sini pulang ke tanah air
dan sebahagian lagi kekal di sini atas
beberapa faktor individu.

Sedih tetap sedih tetapi ia diubati dengan
adanya kalian disisi Prof. di dalam blog ini.

Terima kasih kerana sudi kekalkan
ukhuwwah kalian dalam Asyrof Asri Studio.

Segmen ini dibawa khas oleh ;



Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...