20 June 2012

End Exam Sem 2 2012 Year

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

(Menaiki Bas Pulang Ke Rumah. Sungguh Sedikit Penumpang Dari Hari Biasa)

Hari ini adalah hari terakhir periksa "end exam"
bagi Fakulti Syariah & Undang-undang
Jabatan Syariah Islamiah (Perundangan Islam)
Universiti Al-Azhar,kaherah Mesir.



Jika kalian rasa ingin mengetahui dunia kami dan post terbaik dari kawan Prof. boleh
singgah blog hamba Allah yang di gelar Pengemis Filem Jalanan dan Abang Hensem.

Pagi ini Prof. terlalu takut / gerun untuk menghadapi
saat gempur berhadapan pihak lawan dalam dewan
untuk beberapa jam.

(Seperti Biasa Ulangkaji Berhadapan Laptop Ditemani Air Kopi)

Usul Fiqh adalah musuhnya supaya kita dapat
memberi hujah dan fakta yang betul semasa kita
berhadapan dengannya.

Malam semalam Prof. terlalu penat tidak tahu
disebabkan apa yang berlaku sehingga susah
juga beribadah wajib mahupun sunnah.Selepas
solat fardhu maghrib tidur kerana kepenatan
dan bangun pada jam 11 malam.


Seusai bangun terus sucikan diri dengan wuduk
dan solat isyak serta menyudahkan pembacaan,
pemahaman dan penghafalan fakta dalam buku
Usul Fiqh sehingga azan berkumandang tepat
waktunya solat fardhu subuh.

(Suasana Di Luar Dewan Peperiksaan Selepas Selesai Menjawab Dan 
Menunggu Rakan-Rakan Lain Sebelum Pulang Ke Kediaman)

Bayangkan 1 subjek mempunyai 2 naskah buku,
setiap buku tebal dan susah untuk dialami
pemahamannya jika kita tidak hadir kelas
tambahan sebelum ini.Tetapi Alhamdulillah
faham juga selepas mengikuti kelas tersebut.


Ditambah pula ujian musim panas yang baru
bermula awal bulan 5 setiap tahun. Juga
subjek peperiksaan yang banyak sekali
dan sukar untuk difahami secara individu
melainkan membuat kelompok ulangkaji
"Group Discussion".

Prof. rasa cukup setakat ini untuk perkongsian
kali ini dan InsyaAllah semoga ada lagi post yang
menarik untuk dikongsi bersama di masa datang
bersama kalian.

Segmen ini ditaja oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...