23 June 2012

Buku Pengubat Mindaku Ketika Ini Kalian Pula??

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (2 Nashkah Buku Yang Amat Bermakna Buat Diriku)

Petang tadi sedang Prof. updatekan blog,
datang kawan ke bilik menyatakan hasrat
mahu ke Pejabat PMRAM untuk membeli
barang dan hadiah untuk keluarga di Malaysia.



Prof. dengan senang hati bersetuju
menemaninya untuk ke sana.Perjalanan
kami menaiki motorsikal yang berharga
L.E 3000 bersamaan RM 1500. Original
bukan tangan kedua "second hand" !!

Tujuan Prof. kesana juga adalah membeli
buku terbaru keluaran Persatuan Induk
Anak Melayu Mesir.


Sampai disana Prof. sungguh terkejut
dengan pelbagai buku dan kraftangan
yang ada. Semua baru sahaja dikeluarkan
dan harganya baru juga. Prof. memilih
buku-buku yang rasa bermanfaat ketika
ini untuk dibeli. Wang yang dibawa juga
hanya L.E 100 bersamaan RM 50 sahaja.

 (Harapan di Masa Akan Datang Dapat Beli Juga Buku 
Dari Persatuan Lain)

Selama 15 minit juga kami melihat-lihat
produk terbaru sambil berbual dengan
senior dari Pahang yang dilantik bekerja
di organisasi PMRAM.

Kawan Prof. membeli pelbagai barang
dan telah menghabiskan duit sebanyak
L.E 170 bersamaan RM 90.

Kami pulang dengan hati gembira
terutama Prof. sebab dapat rezeki yang
tidak disangka-sangka untuk membeli
buku terbaru keluaran Giant Malay Society.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...