23 June 2012

Fantasi dan Realiti Pelajar Overseas

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

(Musim Sejuk Di Pejabat Duta Untuk Urusan)


Sebenarnya Prof.Asyrof sudah lama mahu postkan / inform tajuk entri yang
sangat menarik untuk dikongsikan tetapi disebabkan periksa "exam" terakhir
masih belum tamat pada bulan enam (6) ini jadi Prof. lewatkan sedikit
announce kepada kalian semua yang sentiasa menunggu khabar
berita dari setiap hari dalam seminggu.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa sudi menjelajah setiap entri
blog Prof. yang sangat-sangat menarik kerana ia betul-betul
tulin (pure post) dari luar negara.



2 / 3 hari sebelum menjalani periksa akhir bulan June Prof. Blogwalking
di merata dunia mencari entri yang menarik supaya dapat dikongsi kepada
kalian yang mungkin susah jumpa beberapa blog dan website menarik.
Seperti mana Prof. katakan di page Siapa Prof. yang sentiasa mengkaji
dan tidak puas melayari dan membuat kajian setiap hari jika perkhidmatan
internet masih diberikan kepada Prof.

Di dalam satu (1) website yang bloggernya belajar di luar negara "overseas"
seperti Prof.Asyrof yang menyatakan / memberi pencerahan dalam tutur kata
dan hati budinya yang ingin memberitahu akan kehidupan pelajar Malaysia
di luar negara akan segala yang kalian selama ini fikirkan
Adakah ada Advantage & Disadvantage ??

Post / isi hati Blogger Student in Overseas ini terlalu panjang isinya tetapi
bermakna kepada kalian semua yang berada di tanah air / negara sendiri
supaya kalian faham akan situasi ini. Prof. harap anda sudah bersedia
dan tidak sabar membaca entri kawan Prof ini dari London.

............................................................................................
............................................................................................
.............................................................................................

Semasa korang tengah duduk lepak-lepak, pernah tak korang ditegur oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar di luar negara? Mesti agak jarang kan?! So,aku tukar sedikit soalan aku. Secara jujurnya, apa yang korang fikirkan pasal pelajar Malaysia di luar negara? Bijak, kaya, (poyo??), peramah dan pelbagai lagi mesti terlintas di fikiran korang. So, untuk membetulkan statement itu, aku bersusah payah di sini ingin menerangkan realiti sebenar kehidupan pelajar Malaysia di luar negara. Ini adalah kes umum yerk. Kes-kes terpencil dan jarang-jarang berlaku bolehlah ditolak ke tepi awal-awal.


Kes 1 : Kepandaian
Fantasi : Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara mesti semuanya bijak tahap superb. Sebab itulah dapat tawaran untuk belajar di luar negara. Mesti result gempak dan konsisten jer selalu.
Realiti : Kalau bijak tahap superb tu, confirm tipulah. Kitorang pun manusia biasa gak. Ada up dan ada down juga. Ada sahaja pelajar yang asyik lost dalam pelajaran : termasuklah diri aku sendiri. Pastu, ada juga pelajar yang belajar di luar negara atas tangunggan ibu bapa. Result cukup-cukup makan sahaja tapi sebab berkemampuan, diorang hantarlah anak diorang belajar di luar negara. Nampak cam hebat sikit. Tapi ada saja yang kaya dan bijak pada masa yang sama. Itu memang terbaiklah. Ahakz!!

Kes 2 : Cakap English
Fantasi : Mesti pelajar-pelajar ini hebat speaking English. Study di overseas la katakan. Tiap-tiap hari mesti bercakap English 24 jam, termasuklah sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Realiti : Speaking?!! Please la. Apabila diperlukan sahaja, barulah kitorang akan speaking. Sama-sama pelajar Malaysia, mostly just cakap Malaysia la. Kalau nak speaking pon, mesti ada yang tergagap-gagap walaupun sedikit. Ada pelajar yang English memang fluent habis tapi nak cakap setiap masa : memang jarang untuk berlaku!! Ramai pelajar-pelajar yang aku jumpa, English biasa sahaja. Takdalah nak dikatakan gempak. Mungkin pelajar di Malaysia lagi fluent. Semua sama sahaja.


Kes 3 : Sosial
Fantasi : Kenapalah pelajar-pelajar Malaysia ini suka berpuak-puak? Just bersosial di kalangan melayu diorang sahaja? Kurang yang cuba untuk berkawan rapat dengan pelajar-pelajar asing.
Realiti : Errrkk.. Sorry sikit. Bukan tak sudi tapi sekiranya hendak menjadi kamcing rapat kepada mereka, kita seolah-olah perlu menjadi seperti mereka. Perlu ke clubbing, perlu minum and whatever untuk menjadi sebahagian daripada mereka : nie petikan kata-kata senior aku. Kami bukannya tidak bertegur sapa langsung tapi pergaulan adalah terbatas kepada syariat agama. Yang mana yang elok, kami ikut lah. Dan, for sure kami still berkawan (walaupun tak dikira as kamcing) dengan pelajar-pelajar asing. Aku pun ada study-mate daripada Finland sorang bernama Pekka!!


Kes 4 : Kaya
Fantasi : Dah nama pun budak belajar luar negara, mesti kaya kan?? Mesti mak bapak ada rumah banglo berbiji-biji dan kereta berdozen-dozen ni. Kalau tak kaya, jatuhla standard pelajar luar negara.
Realiti : Kebanyakan pelajar di sini adalah dibawah tangungan biasiswa daripada beberapa agensi. So, kami hidup pun bergantung kepada elaun yang diberi. Kalau sedikit yang diberi ,miskinlah jawabnya dan juga sebaliknya. Contohnya : aku setiap hari akan cuba untuk menimakan perbelanjaan sebab takut tak cukup duit masa akhir bulan. Ala, macam masa terima gaji la. (Next payday please!!)


Kes 5 : Cuaca
Fantasi : Bestnya dapat main salji. Cuaca tak panas macam Malaysia.
Realiti : Siapa cakap salji best, confirm aku lastik hidung dia. Salji amatlah sejuk teramat-amat dan menyusahkan kehidupan seharian. Kalau nak pergi kuliah ataupun nak pergi ke mana-mana sahaja, terasa amat annoying sekali dengan salji ini. Pakaian pun basah dan lembap. Muka lak penuh dengan salji yang jatuh dari langit. Memang argghh~!! (sukar digambarkan dengan kata-kata)


Kes 6 : Nerd
Fantasi : Confirm diorang nie study 24 jam macam ulat buku. Duduk dalam bilik dan tak keluar-keluar dah. Kalau berborak pun, mesti pasal topik-topik yang susah nak difahami orang biasa dan berilmiah.
Realiti : Kami pun manusia biasa (cam aku dah bagitahu kat atas tu). Time study, kami memain. Time main, kami lagilah memain. Kami pun ada kehidupan normal jugak. Shopping, melancong, bersukan memang jadi sebahgian aktiviti harian. Kalau cuti, pergi ke Holland, Italy, Spain, Germany dan pelbagai lagi. Masa boxing day, shopping bagai nak gila. Aku pun habiskan lebih dari GBP 200 masa tu. So, convert-convert habislah dalam RM1000. Aktiviti futsal setiap minggu diadakan tanpa excuse. Masa inilah untuk menunjukkan skill-skill yang dah berkarat. Aku score hampir setiap games. Opss..terbangga jap. Tak sengaja yerk.


Ini adalah sebahagian daripada kisah benar seorang pelajar di luar negara. Bak kata orang -orang tua, indah khabar dari rupa. Belajar di luar negara bukannya best sangat pon. Tapi memang ada pro dan kontra dalam semua hal kan? So, sama-sama kita semua fikirkan. (^_^)/


Jika ikutkan segala isi dalam blog Prof.Asyrof Bahasa Malaysia yang
sentiasa baku akan terpapar di setiap post tetapi Prof. tiada masa
hendak edit segala bahasa rojak yang digunakan.

Tetapi Prof. juga sebagai rakyat Malaysia yang boleh faham "Bahasa Kita Jiwa Bangsa"
ini akan penulisan kawan kita dari luar negara akan luahan hatinya.
Adakah kalian tidak faham ??

Prof. rasa cukup setakat ini untuk perkongsian hari ini, InsyaAllah jika
ada masa terluang Prof. akan cuba kongsikan berita yang diluar
kotak pemikiran kalian.

Terima kasih kerana sudi terus-menerus bersama Prof.Asyrof
dalam setiap segmen.

Terima kasih juga kepada Kawan di London dalam memberi pencerahan
kepada rakyat Malaysia khususnya pelajar Universiti Malaysia akan
kehidupan realiti pelajar di luar negara.

Segmen ini dibawa khas oleh ;


Terima Kasih






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...