24 June 2012

Apa Itu Blog

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Tentu masih ramai di antara kita yang
tidak tahu apa itu blog? Blog adalah
satu medium seperti web yang berbentuk
“journal style” dan di paparkan secara
kronologikal. Kronologikal pula bermaksud
di susun mengikut masa terdahulu hingga
ke masa terkini.



Kebanyakan blog terdiri daripada beberapa
subjek-subjek yang khusus seperti makanan,
politik, fesyen, hiburan, tip-tip,berita hangat
dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang
gemar menggunakan blog untuk menulis
diari secara online.

Dunia sekarang juga telah menunjukkan
bahawa blog percuma seperti Blogger.com
adalah yang paling popular digunakan.
Kerana segala fungsi dan paparan muka
mesra pengguna.


Blog juga selalu digunakan oleh ramai
pelajar peringkat sekolah menengah hingga
peringkat universiti dan tidak ketinggalan

Jangan terkejut blogger Malaysia di luar
negara juga boleh popular disebabkan
post mereka sentiasa dinantikan pelawat
dari seluruh dunia terutama orang Asia-
Malaysia, Indonesia dan Brunei. Kerana isi
post mereka bersifat tulen "pure" menceritakan
kehidupan di negara orang.

Di antara ciri-ciri blog ialah:

   1.Mempunyai teks
   2.Mempunyai gambar
   3.Mempunyai link ke blog-blog lain,
      web page, dan sebagainya.


Kelebihan atau tarikan blog berbanding
web page biasa ialah pelawat/pembaca boleh meninggalkan komen
atau pendapat mereka bagi setiap post. Secara tidak langsung ini
menjadi tarikan bagi seseorang pelawat
untuk kembali melawat blog itu.
(Jika anda tidak percaya cuba tinggalkan
komen bagi entri post ini)


InsyaAllah di lain masa di lain hari Prof. akan
postkan berkaitan Blog Info di segmen sama.
Apa yang pastinya entri Prof. lain dari lain
mungkin tajuk dan isi yang jarang anda dengar
dan harus diketahui sebagai Blogger full time
atau part time.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...