24 June 2012

Makan + Suasana Euro2012

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Warga Kulit Hitam Datang Juga Ke Kedai Masakan Melayu!!)

Malam semalam jam 9 selepas solat fardhu
isyak Prof. terasa lapar yang amat sangat
kerana tidak makan makanan berat lagi
dari pagi sehingga saat sebelum ke kedai
makan.



 (Restoran Anak Malaysia di Overseas)

Kedai makan yang Prof. selalu dan rakan
akan makan ialah tiga (3) tempat samada
kedai makan di Apartment Pahang,
Apartment Selangor atau Ridz Cafe

kepunyaan kawan sama umur yang
bekerja secara part time bersama
abangnya berdekatan dengan
perkampungan anak melayu di
apartment arab.





Setibanya Prof. di sana, terkejut dengan
ramainya pengunjung bukan sahaja makan
tetapi tonton secara live bola sepak Euro2012.

 (Sungguh Menyelerakan Menonton Euro2012)

Alhamdulillah Prof. telah tempah makanan
awal sebelum datang ke kedai. Jika lewat,habis
dipesan pengunjung kedai.

Suasana amat meriah dengan sorakan
yang bingit telinga mendengarnya
akan permainan bola sedang berlangsung.

 (Suasana Dalam Cafe)

Prof. telah memesan nasi berlauk ikan
masak merah serta tomyam campur
juga air "AliTea" sejuk supaya dapat
mendinginkan suhu badan yang baran
di musim panas ini.


Kedai kawan Prof. ini juga sentiasa
dikunjungi dan dipesan makanan
Asia-Malaysia sambil menonton
bola sepak. Mereka antaranya
pelajar Al-Azhar University
dari keluarga kulit hitam
berbahasa perancis.


InsyaAllah setakat ini sahaja
perkongsian kehidupan sehari-hari
Prof. dan rakan-rakan di luar negara
Mesir.

Teruskan kebersamaan anda di
Asyrof Asri Studio.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...