26 June 2012

Tolak Gelaran "WANITA PERTAMA"

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Isteri Presiden Mesir Baru 2012)

Isteri Presiden Mesir, Puan Najla' Mahmud mengulangi pendirian beliau
sebelum ini menolak gelaran 'Wanita Pertama' untuk dirinya. Beliau turut
mengulangi ucapan suaminya semalam bahawa Presiden tidak memiliki apa-apa
hak melainkan kewajipan yang mesti ditunaikan yang berbeza dengan rakyat
yang mempunyai hak sambil menggelarkan dirinya sebagai 'Khadam Pertama'
bagi menggantikan gelaran 'Wanita Pertama'.



Kata Najla' lagi, sesiapa boleh memanggilnya dengan "Ummu Ahmad" atau "Saudari Najla"
atau juga "Hajah Najla" sambil mengingatkan bahawa Islam tidak pernah membezakan
antara satu sama lain.

Selepas suaminya diumumkan sebagai Presiden, aktiviti pertama beliau
ialah menziarahi ibu As-Syahid Mahmud Sulaiman, seorang pemuda yang
terkorban dalam revolusi yang berasal dari wilayahnya, Syarqiyah.

Ya Allah... bukan senang kita temui wanita isteri kepada mana-mana menteri / Presiden
sesebuah negara di zaman serba moden seperti Puan Najla' Mahmud.

Semoga Allah sentiasa memayungi Presiden Mesir baru dan isteri tercinta serta keluarga
tersayang dari segala bala / kecelakaan yang tidak diduga.

Prof. ambil gambar dan berita ini dari sumber yang dipercayai di Mesir.

Harap seronok dengan berita seperti ini.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...