11 June 2012

Tart | Rindu Malaysia

 ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera ..

ISNIN - Pagi ini pula Prof. kelaparan amat kerana tidak
makan apa-apa lagi selain minum air kosong
yang banyak untuk menghilangkan dahaga
dan sakit tekak tika musim panas sedang
berlangsung.



Niat untuk menyimpan stok sampai tiba
bulan puasa ramadhan. Tetapi pagi ini Prof.
tidak tahu hendak masak apa. Masakan berminyak
di waktu pagi Prof. sudah resign "berhenti"
untuk menjaga kesihatan yang semakin hari
makin tidak aktif seperti dahulu.

Prof. hanya makan ketika betul-betul lapar
dan terdesak pada sesuatu.


Petua yang mungkin tidak bermakna bagi
sesetengah kalian tetapi amat bermakna
buat Prof. sejak dari dahulu. Makanlah
apa sahaja makanan berunsur minyak,
pedas dan berempah tetapi biarlah sebulan
atau 2 bulan sekali kerana banyak manfaatnya.

Ehhh ... meleret pula Prof. bercerita pagi-pagi
ini ya? ErMmm ..kebiasaan tabiat manusia di waktu
pagi
otak cergas dan cerdas serta sihat itu sebab
banyak sangat hendak disampaikan.

Kuih Tart menjadi mangsa untuk disuapkan
ke mulut bagi menghilangkan rasa lapar di waktu
pagi sambil minum air yogurt hadiah mak saudara
sebelum terbang "fly" ke Malaysia.

Okaylah, Prof. Asyrof rasa cukup setakat ini
dahulu pertemuan kita semua.

Lain masa, lain hari jika Allah izinkan kita akan
bertemu di segmen seterusnya dan yang pasti
beberapa segmen yang telah diaturkan oleh
Prof. sendiri di Asyrof Asri Studio.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...