16 May 2012

Suasana Ujian Lisan Sem 2 2012

RABU 16 Mei 2012 selepas ujian lisan pada 14 mei baru-baru
ini Prof. rasa penat sangat sejurus pulang dari pusat universiti. Itu sebab kenapa hari
ini Prof. mahu up-datekan post mengenai ujian lisan yang berlangsung pada hari
tersebut. Kebiasaannya selepas apa-apa yang berlaku / buat pada hari itu, 
Prof. akan up-date blog tetapi letih yang tidak buat apa-apa pun tetapi ia disebabkan
musim panas telah bermula di sekitar tanah arab.





Jadi .. disini Prof. akan mula cerita serba ringkas jika boleh ..

Seawal jam 7 setengah pagi Prof. dan 3 orang rakan lagi telah pergi ke universiti
dengan menaiki teksi untuk memudahkan perjalanan kami ke sana dengan selesa
dan cepat. Selalunya pergi pusat belajar menaiki bas sahaja tetapi ujian punya
cerita kami memang sungguh menaiki kenderaan yang lebih memberi peluang kami
bersedia lebih awal setibanya di gerbang Universiti.



Lebih 2 jam menunggu ketibaan para Prof.Dr. untuk masuk dewan kulliah dan
memanggil seorang demi seorang untuk disoal siasat. Hahahahahhh ...

Akhirnya selepas setengah jam persembahkan ucapan depan Prof. Dr.  oleh mana-mana
rakan, Prof.Asyrof akhirnya menyerah diri untuk bertutur dengan baik dan cemerlang depan 
Dr. akan 4 subjek yang ditanya.

 Soalan pertama ; Al-Quran

Soalan kedua ; Fiqh Asas

Soalan ketiga ; Fiqh perbandingan

Soalan keempat ; Usul Fiqh


Secara keseluruhannya, apa yang boleh Prof. kongsikan disini ..Alhamdulillah ...
semua soalan dan dijawab lisan berhadapan Dr. walaupun ada 2,3 dijawab dengan
tergagap-gagap / tersekat-sekat sebut tetapi apa yang boleh Prof. beri bagi diri ini,
daripada "5 Star" hanya "3 Star" sahaja yang boleh Prof. bangga.


Ok ... itu sahaja perkongsian cerita Prof. sebagai pelajar sem 2 tahun 1 Fakulti
Syariah & Undang-undang Jabatan Syariah Islamiah "Perundangan Islam" untuk
tahun 2012 bagi peperiksaan lisan.

Apapun, Prof. Asyrof harap sama-sama kita doakan yang terbaik buat diri kita sendiri 
sebagai hamba Allah yang masih lemah dan kerdil ini untuk belajar dan membantu
agama Allah iaitu Islam dan ummah dimasa hadapan.

InsyaAllah, lain segmen kita akan bersua lagi okay !

Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...