12 May 2012

Peperiksaan Hampir ??


SABTU 12 Mei 2012 AssalammualaikumWarohmatullah ...
Salam Sejahtera kepada semua .. Saya rasa sudah lama saya tidak post apa 
yang patut untuk tatapan kalian di seluruh Asia - Malaysia khususnya dan
kemungkinan orang Malaysia yang berada di luar negara di serata dunia ingin 
mengetahui duniaku.. hahaha .. 




Sebenarnya untuk pengetahuan kalian, Saya sudah hampir dengan 
waktu peperiksaan pada bulan ini dan banyak waktu juga Saya 
menghabiskan dengan ulangkaji yang hanya 1 jam sahaja
dimanfaatkan, sedangkan pada mulanya 3 jam untuk 1 buku. 
hahahah ...  erMmMmm .. itu sudah kebiasaan mana-mana individu 
yang bernama pelajar biasa lakukan.

InsyaAllah "Ujian Lisan" saya akan berlangsung pada hari Isnin 14 Mei 
ini walaupun hari ini adalah hari pertama ujian lisan akan diadakan di 
Universiti untuk Fakulti Syariah & Undang-undang tahun 1.

Apapun dari segi persiapan untuk "Voice" depan mana-mana Doktor 
yang akan panggil dan mental serta fizikal masih tidak stabil ketika ini.

Presentation terdiri dari 4 bahagian iaitu 4 subjek berunsurkan Lisan. 
Antaranya Al-Quran, Fiqh Ibadah, Fiqh Perbandingan dan Usul Fiqh.

Apa yang Saya takut adalah ketika persembahkan di hadapan 
pemeriksa kemungkinan soalannya susah hendak fahami dan 
mudah untuk dijawab hakikatnya. Tetapi ia membuatkan mana-mana
pelajar terutama Saya kot ..  akan jawab dengan hati tidak fokus 
pada apa yang diucapkan seperti sebelum ini pada tahun lepas 
semasa ditanya.

Huhhhh ... sebenarnya Dr. sudah beri soalan sekali dengan 
jawapan yang beliau sahaja mahu melihat pelajar fokus atau 
tidak kepada apa yang ingin disampaikan. Ini terjadi kepada Saya 
sendiri pada tahun 2011 diberi soalan berkaitan Fiqh Ibadah.

Pada ketika itu Saya tidak menjawab soalan Dr. yang mana Doktor 
sudah beri jawapan setelah soalan diberikan padahal sebenarnya 
InsyaAllah markah akan dapat tetapi apakan daya Saya
mengalah Saya tidak jawab kerana jawapan telah diberikan kerana 
apa yang Saya mahukan sebenarnya biar soalan sahaja diberi.

Sebagai pelajar Saya ingin jujur pada dan mahu menolong diri sendiri. 
hahahahhhh ...

HerMmmm ... cukup setakat itu yang saya kongsikan bersama sebagai 
pelajar Universiti dan sebagai panduan bagi mereka di luar sana 
supaya ambil sahaja peluang yang telah diberi. Rugi jika kita menolak 
rezeki dari Allah yang datang tidak bertempat dan masa.

Ok .. InsyaAllah pada akhir bulan ini 27 Mei 2012 bermula pula  
ujian bertulis yang akan berakhir pada pertengahan bulan 6.

HerMmMmm ... Ok .. Saya rasa cukup setakat ini dahulu Saya 
kongsikan berita terkini tentang diari hari ini. 

Jangan lupa doakan Saya dan sahabat-sahabiah saya yang 
kenal mahupun tidak khususnya, serta semua Mahasiswa /Wi yang 
kemungkinan sedang berjalan waktu peperiksaan mereka 
diseluruh dunia bagi rakyat Asia - Malaysia amnya. Ok ... 

Terima Kasih ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...