3 April 2012

In EGYPT - Tautan Ukhuwwah -

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


Akhir Bulan 3 2012 telah diadakan 1 majlis yang penuh
meriah iaitu majlis "Usrah" tahun 2 kami berada di bumi Kinanah ini.

Alhamdulillah ... dengan izin Allah telah berlangsung dengan jayanya satu (1) daripada taman-taman syurga bagi merapatkan lagi ukhuwwah di antara kami.


Dengan bayaran L.E 15 bersamaan RM 8 sekepala makanan yang dijamu kami sungguh menyelerakan dengan hidangan nasi berlauk ayam & ikan panggang !!

Untuk pengetahuan umum, perhimpunan ini bersempena kami dari ahli BKMIP di bawah 
"Jabatan Nuqaba" yang dibuat perjumpaan ahli-ahli usrah setiap hari jumaat.

Tempat dibuat di Rumah Pahang Lama "RPL" di Abbas Al-Aqqad Kaherah.

Bermula selepas solat isyak dengan kehadiran sebahagian kami yang tinggal di apartment 
Negeri Pahang Hayyu Asyir Kaherah sebelum solat fardhu mahgrib.




Sebahagian daripada kami tahun 2 yang sama-sama bermusafir pada bulan 9 tahun 2010
telah memenuhi "RPL" yang telah di ubahsuai keadaannya ke suasana mewah lagi tenteram 
serta selesa untuk beribadah.

Tahun 2 pada tahun 2012 ini diantara kami pelbagai latar belakang jurusan di Universiti Al-Azhar.

Antaranya;

Fakulti Al-Quran (Qiraat)

Fakulti Bahasa Arab

Fakulti Syariah & Undang-undang

Fakulti Usuluddin

Fakulti Ulum Islamiah

Fakulti Dirasah Islamiah

Ucaptama Yang Di Pertua (YDP) Badan Kebajikan Mahasiswa/Wi Islam Pahang (BKMIP)
sesi 2011 / 2012 telah memanjangan kalamnya selepas ucapan Ketua Jabatan Nuqaba'.



Antara amanat penting yang disampaikan YDP harapan kepada kami tahun 2 
mengekalkan / tetap berukhuwwah sampai bila-bila dalam apa cara sekalipun.

Tayangan video tidak beradab puak-puak Assad dari Agama Syiah terhadap Umat Islam
di Syria menjadi tabir / menahan dari kami menjamu dahulu sebelum muhasabah diri sendiri
dan memikirkan masalah umat islam dan tindasan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.

Antara yang hadir juga, Timb. YDP & beberapa Exco.


p/s - alangkah seronoknya duduk bersama di negara orang kita berjemaah dan saling kasih
        mengasihi

p/s - murni hidup jika sahabat-sahabiah kita memahami antara satu sama lain dalam
         apa-apa hal

p/s - Terima Kasih atas bacaan & fahami kehidupanku


Prof. rasa cukup setakat hari ini dahulu insyaAllah di masa akan datang,Prof
akan cuba memanjangkan lagi cerpen kehidupan Prof. di bumi penuh barakah.


Terima Kasih



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...