29 March 2012

Prof. On Air Bersama Personaliti Tv

ASsalammualaikumWarohamtullah... Salam Sejahtera ..


KHAMIS 29 March 2012 pagi tadi sakit telingaku mendengar jeritan alarm "jam loceng" telifon bimbit memanggilku bangun!!


Apa lagi, Prof. segera bangun dengan cergas untuk bergegas bersiap ke Dataran Hayyu Asyir (10) sama-sama solat subuh berjemaah yang selama ini tidak
sekali cergas seperti ini.



Untuk pengetahuan, hari ini PMRAM telah menganjurkan 1 program Kulliah Subuh bersama
Personaliti Tv9 & Tv Al-Hijrah  yang terkenal di malaysia iaitu 
Ustaz Syed Abdul Kadir Al-joofre.




Selepas keluar dari tandas dan mengenakan jubah serta baju sejuk di luar Prof. gegas turun ke bawah kerana saat itu solat fardhu subuh sudah saat imam baca doa qunut.


Sejurus selesai solat, Pengerusi majlis memulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah
sebagai pembuka tirai majlis ilmu.


Apa yang ditazkirahkan "diberitahu / disampaikan" oleh penceramah ialah 




- Kelebihan solat subuh berjemaah


- Kelebihan mencari ilmu di waktu pagi


- Menceritakan pengalaman beliau semasa On Air di Tv


- Menceritakan pengalaman semasa beliau belajar di Mesir




Alhamdulillah, apa yang disampaikan sungguh menceriakanku dan jemaah, ketika 
waktu subuh selalunya Prof. rasa hendak tidur tetapi dengan majlis yang sentiasa


dipayungi malaikat Prof. rasa apa yang diberitahu semuanya terkena pada diri ini
yang sememangnya sentiasa melakukan banyak kesilapan semasa hidup ini.


Saya rasa bersyukur kepada Allah kerana rasa diri ini perlu banyak menyedari diri 
dan dan patut dicorakkan dengan pelbagai citarasa ilmu selama berada di sini.


Kebiasaannya, Kulliah Subuh memang tidak dinafikan mana-mana tempat di kalangan
orang malaysia khususnya tidak ramai yang sanggup mendengar sedikit ilmu


tetapi di kalangan Mahasiswa Malaysia di sini sehingga tidak cukup tikar sembahyang
untuk sama-sama solat dan mendengar tazkirah. Faktornya Personaliti TV ziarah.
Siapa tidak mahu kenal ??


Alhamdulillah ini adalah kurniaan Allah pada hambanya yang ikhlas sampaikan ilmu
walaupun tidak gempak / tidak best / tidak selalu boleh gelak-ketawa kebiasaannya
semasa mendengar ceramah seperti majlis ilmu UAI.




p/s - Prof. mengajak diri ini dan kalian sama-sama kita sentiasa mencari ilmu Allah 
         dari awal pagi selepas solat fardhu subuh secara berjemaah khasnya

p/s - Terima kasih atas bacaan & fahami kehidupanku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...