18 July 2012

Pelajar Malaysia Maut Cuba Elak Dibunuh

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

Dalam 2 minggu bulan tujuh (7) Prof. terlalu sibuk
dan pembayaran internet tidak bayar itu sebab
kenapa segala post yang sentiasa dinantikan kalian
masih tidak muncul-muncul dikaca lappy anda.

 (Diberitakan oleh Salah Sebuah Surat Khabar Malaysia)

Sebenarnya dalam minggu ini, Prof. sibuk
menolong persatuan induk anak Pahang
Bi-K-Mip di Jabatan Bertindak Ekonomi
(JBE) akan bazar 3 persatuan induk negeri
lain di EGYPT.

Selangor, Pahang dan Melaka antara
3 negeri yang bersatu dalam jalinan
ukhuwwah "persahabatan".

Minggu lepas terkejut kami akan kematian
rakan Malaysia tahun akhir fakulti Al-Quran
Shubro,Mesir kerana menyelamatkan diri
dari dirompak 3 arab-mesir yang bersenjata
pisau di dalam sebuah van mini
"pengangkutan awam".

Sedihnya kami akan perginya kerana
kematiannya amat digeruni dan ditakuti
oleh sebab dirompak dalam pengangkutan
awam diacu pisau di hadapan mangsa oleh
3 orang arab-mesir.

Prof. difahamkan oleh sumber yang dipercayai,
bahawa mangsa membuka pintu van dan terjun
atas jalan raya sejurus selepas diacu pisau
dan diberi amaran oleh 3 suspek akan barang
berharga perlu diserahkan jika tidak akan menjadi
masalah kepada mereka.

Seorang kawan mangsa selamat selepas
van mini berhenti kerana terkejut akan
jatuhnya rakan dari van. Van mini tersebut
bergegas pergi dari tempat kejadian.

Prof. Asyrof mengingatkan diri ini dan semua
rakan Prof. di luar sana Malaysia mahupun
luar negara seperti ;

# Moscow
# Rusia
# London
# Beijing

agar berhati-hati kemana-mana sahaja
tujuan pergi. Biar pergi ke satu (1) tempat
dengan berkumpulan
"5 orang bagi lelaki"
"7 orang ke-atas bagi wanita"

Sekian sahaja dari Prof. untuk segmen waktu
ini, insyaAllah Prof. akan sentiasa updatekan
segmen lain diwaktu terluang.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...