18 July 2012

Realiti Pakej Hari Keluarga Episod 2

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..


18 julai 2012 hari ini adalah hari terakhir bagi
bazar / gerai / hari keluarga bagi 3 negeri
Pahang, Selangor dan Melaka.


(Antara Pekerja Gerai Unit Ekonomi Persatuan Pahang)

Kerja dari pagi sampai petang sehingga
malam hari dari hari pertama hingga hari terakhir
walaupun hakikatnya malas kerja tolong
unit ekonomi persatuan sendiri, tidak sedar
akan berakhirnya episod ini.

(Ikan Keli Yang Kami Jual & Gerai Dari Pelajar Pahang Sendiri Yang Menjual Che Kuew Tiow)

Sedih pilu juga sebelum bazar ini dibuka
untuk semua ahli persatuan Pahang, Selangor
dan Melaka, ada diantara kawan + sahabat
Prof. sudah pun meninggalkan bumi barakah ini
seminggu, semasa dan selepas bazar ini berlangsung.

(Antara Gerai Pelajar Pahang Juga Yang Menjual Roti Canai)

Anda semua boleh lihat disini sebelum bazar.

Juga boleh dilihat disini semasa bazar berlangsung.

Tidak lupa selepas bazar ada yang pulang Malaysia.


(Gerai Selangor Sedang Bergambar Serta Sambil-sambil Makan Dengar Ucapan Pegawai)

Malam terakhir kebiasaannya ada majlis penutupan
rasmi. Majlis penutupan dirasmikan sendiri oleh
Pegawai Pahang dan Pegawai Selangor. Melaka
diwakili oleh Ydp-nya.


Tidak sangka hari pertama hingga hari terakhir
gerai unit ekonomi "JBE" dari persatuan pahang
dinobatkan / dianugerahkan gerai terbaik
sepanjang hari keluarga. Antara pekerjanya
ialah Prof. sendiri.

(Suasana Gerai Bagi Malam Terakhir)

Unit "JBE" menjual makanan kuih muih
seawal jam 7 pagi, diikuti nasi berlauk
ikan keli berlada. Petangnya pula
disusuli bihun sup daging.

(Pekerja Bancuh Minuman)

Hari pertama sehingga hari terakhir
menjual nasi ikan keli berlada samada
waktu siang mahupun malam, alhamdulillah
laku habis sehingga pelanggan yang datang
tidak puas hati kerana tidak sempat membeli.

Sistem giliran diwujudkan bagi membuat minuman
waktu pagi negeri pahang, tengahari sehingga petang
selangor, melaka sesi malam dari hari pertama hingga
hari terakhir.

(Pegawai Pahang Sempat Berposing Bersama Anak Pelajarnya)

Pelbagai juadah dijual dari 3 negeri,
dari yang klasik sehingga makanan
moden ala restoran mahal.

(Inilah Antara Pekerja Unit Ekonomi Bi-K-MIP)

Mesti kalian pelikkan mana gerai perempuan?
Ok! gerai mereka bersebelahan dengan gerai lelaki
bagi mengelakkan fitnah berleluasa.

(Suasana Malam Semasa Aktiviti Pembersihan dan Menurunkan Khemah Oleh
3 Negeri Antara Ajk Yang Bertugas) 

Post ini bersamaan dengan post abang hensem jom lihat sini! .. 

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...