17 June 2012

Jalan-Jalan Cari Pakar Rekaan Pakaian

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Rehat Sebentar makan lepaskan penat menaiki kereta
sebelum ke destinasi)

Pada hari semalam Prof. dijemput kawan ke
negeri Mansurah Mesir untuk temankan tiga
(3) orang kawan lain menempah baju yang akan
dibuat sendiri oleh seorang Arab di negeri tersebut.



Pada pagi semalam Prof. sedang up-datekan
blog dan edit apa yang patut untuk keselesaan
kalian di Asyrof Asri Studio.

Bak kata orang tua di tanah air "rezeki datang
bergolek"
?? jika salah betulkan. Almaklumlah
sudah lama tidak jejak kaki ke Malaysia banyak
pepatah melayu sedikit-sedikit hilang dek
mengkaji pepatah Arab sahaja.

Prof. berfikir dan membuat keputusan untuk
turut serta dalam jelajah ini. Cuba kalian
bayangkan sudah hampir 2 tahun Prof. di sini
langsung tidak keluar ke negeri luar Mesir.
Sedih sungguh !!

 (Lelaki Arab-Mesir Yang Pakar Menjahit Pelbagai Rekaan 
Seperti Dalam Gambar)

Okaylah, Prof. tidak mahu cerita panjang di sini,
Prof akan buat satu (1) entri nanti berkaitan isu
ini.

Prof. sambung cerita berkaitan Mansurah,
kami bertolak ke sana menaiki kereta sewa
yang dipandu senior yang sudah berpengalaman
selok-belok jalan sekitar Mesir dan arif Travel
Tours.

Perjalanan mengambil masa 3 jam sebenarnya
jika menaiki bas tetapi kami hanya 2 jam sahaja
perjalanan menaiki kereta yang dipandu laju
oleh abang senior. Alhamdulillah selamat
dalam perjalanan.

3 Orang kawan yang sudah ada jenis kain
masing-masing telah menempah di kedai
Arab tersebut melainkan Prof. kerana
Prof. tiada matlamat yang jelas hakikatnya
kerana hanya untuk pergi pada hari
sekian-sekian baru diberitahu mahu menempah
baju melayu untuk digayakan di Malaysia.

Tetapi Prof. tidak terkilan / sedih akan hal
ini, sebab Prof. suka akan jelajah ke negeri
dalam negara orang sementelah berada di sini.

2 antara 3 orang yang menempah baju melayu
tersebut adalah antara rakan dan sahabat Prof.
yang akan pulang ke Malaysia pada awal bulan
tujuh (7) ini.

 (2 Orang Rakan Yang Dimaksudkan Prof. Akan Pulang Ke Malaysia
Serta Gambar Kelajuan Yang Dipandu Senior Semasa Perjalanan)


Prof. sebenarnya mahu juga menempah
blazer / kod seperti gaya lelaki korea memakai.

Tetapi biarlah dahulu kerana kain yang
sepatutnya tidak dibeli atas masalah musim
panas ini yang menyebabkan susah
keluar terlalu panas cuacanya.

Sebab apa kami memborong pelbagai jenis
pakaian di Negeri Mansurah Mesir ini samada
pakaian lelaki mahupun wanita??

Kalian semua mahu ketahuinya, jangan
lupa sentiasa layari dan tunggu post
akan datang hal ini.

Segmen ini dibawa khas oleh ;


Terima Kasih


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...