26 June 2012

Amanah Rakyat Terhadap Presiden Mesir 2012

ASsalammualaikumWarohmatullah... Salam Sejahtera..

 (Mesra Pemimpin, Megah Rakyat)

Keputusan Presiden Dr.Muhamad Mursi dalam masa dua hari ialah ;



1- Dr.Muhammad Mursi menyarankan agar
tidak diadakan perayaan besar-besaran
menyambut kemenangannya bahkan bergegas
membaiki segala kekurangan negara dan bermula menjalankan projek-projek
dan cadangan pembaikan sebelum ini.

2- Dikatakan Dr.Muhammad Mursi ingin
menyerahkan keseluruhan gaji Presidennya
kepada pembangunan negara.

3- Dr.Muhammad Mursi mengarahkan pasukan
peguam bagi siasatan semula kes Husni Mubarak
dan menteri-menterinya yang dikatakan terlibat
dalam pembunuhan pendemonstrasi ketika revolusi.

4- Dr.Muhammad Mursi mencadangkan agar
syarikat-syarikat besar tidak mengiklankan ucapan tahniah di dada akhbar
seperti yang dilakukan sebelum ini, bahkan duit itu lebih baik disalurkan kepada
manfaat negara.

5- 40 pimpinan tertinggi Amin Daulah(Unit keselamatan dalam negeri)
dihadapkan mahkamah jenayah. "part paling Prof. suka" x

6- Dr.Muhammad Mursi enggan menerima surat
ucapan tahniah Presiden Syria Basshar Assad sambil menyatakan kerajaan
yang sebenar adalah
rakyat Syria yang dizalimi.

7- 2 kebakaran besar dicatatkan beberapa hari
dalam minggu ini di kedai-kedai baju Port said dan
Arkib trafik polis di Ghamr punca kebakaran tidak diketahui.

8- Israel meminta agar agen perisikannya yang
pada tahun 2000 ditangkap dilepaskan.

9- Esok 27 Jun akan diumumkan barisan menteri
kerajaan baru.

10- Polis Mesir memulakan kempen besar-besaran
di seluruh wilayah membanteras dan menyerbu
sarang-sarang dadah bermula hari ini.

11- Dr.muhammad Mursi hari ini mengadakan
pertemuan dengan anggota tertinggi polis dan kementerian dalam negeri
membincangkan isu-isu keselamatan.

12- Dr.Muhammad Mursi enggan menemui wakil
kerajaan Iran atas sokongan mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria.

13- Dr.Muhammad Mursi mengadakan pertemuan
dengan wakil keluarga syuhada yang mati terbunuh
ketika revolusi.

14- Dr.Muhammad Mursi mengadakan pertemuan bersama speaker 
Dewan Rakyat Dr.katatni dan
Dr.Fahmi membincangkan perkara berkaitan
parlimen.

Segmen ini ditaja khas oleh ;


Terima Kasih

Sumber ;   Masr25 Channel
                 ShoroukNews
                 ENN.News

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...