23 April 2012

Pelajar Malaysia Di Luar Negara Dirompak


MONDAY 23 April 2012 1 malam yang indah Prof.
telah keluar ke bandar Cairo,EGYPT bertemu dengan beberapa orang
kawan dari Asia-Malaysia untuk ke pusat beli belah barangan elektronik.


Setelah kami habis berbual sambil melihat-lihat barangan yang berada di situ, kami berpisah 
dengan tujuan yang 1 untuk pulang ke rumah masing-masing.





Beberapa kawan kenalanku balik ke rumah kawasan yang dekat dengan tempat kami
membeli belah tetapi Prof. seorang sahaja yang pulang ke rumah seorang diri.




Jam menunjukkan 10 setengah malam sudah agak lewat sebenarnya bila berada
di negara orang ini melainkan negara sendiri. Prof. menaiki sebuah teksi putih dan sepanjang perjalanan Prof. mengenali pemandu teksi itu agak baik dari segi wajahnya dan tutur kata.




Dalam perjalanan ke Hayyu Asyir penginapan pelajar Malaysia, "Taxi Driver" meminta
telifon bimbit untuk hubungi kawannya kerana tiada kredit, jadi Prof. dengan hati terbuka
memberi dengan senyuman ikhlas kepadanya untuk kemudahan Perompak itu.




10 minit perjalanan akhirnya sampai juga Prof. tempat hentian berdekatan rumah. Prof.
membayar perkhidmatannya dengan harga yang telah ditetapkan "Meter", sejurus itu
Prof. meminta telifon bimbit dan Pencuri itu berkata dalam bahasa Arab-Mesir ;




" Awak sudah bagi duit cukuplah !! Tetapi tidak cukup bagi saya."


Saya menjawab dalam hati ..


" Kepala Otakmu berjambul, kO !! ingat aku ni menipu kO !! ke ?? " ..


Saya menjawab secara jelas ..


" Saya sudah bayar dengan harga cukup tepat mengikut kadar meter kamu !! "


" Bagi handset saya !!! "


" Bagi handset saya !! "


Dalam hati saya berkata ..


"Jika Prof. tumbuk dengan apa yang Prof. belajar Taekwando dahulu Hamba Allah yang hendak sangat jadi gila ini, agaknya Prof.
yang lemah longlai " ..


Sejurus itu pemandu teksi / perompak / penipu berkata ..




" Aku kata sudah !! Keluar dari teksi ini !!! ..


Prof. keluar dan Prof. rasa hendak menangis tetapi Prof. tahan juga sebab Prof. tahu 
Prof. ialah 




" Lelaki Muslim Hensem / Kacak / Berketerampilan "    hehehehehe ...


" Orang Islam Mesti Kuat "    hahahaha ...




Prof. pulang ke rumah dalam keadaan sayu sangat tetapi Prof. yakin dengan
Peperiksaan yang makin hampir Doa + Usaha + Doa + Tawakal  InsyaAllah ada
hikmah / kejayaan disebaliknya.


Jadi, kesimpulannya disini jika mahu keluar kemana-mana samada di negara sendiri
atau luar negara biarlah berkumpulan / berteman kerana ia akan memudahkan kita 
di masa hadapan.

Terima Kasih 















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...